Rabu, 1 Julai 2015

JOM BELAJAR MENGHARGAI MASA


JOM BELAJAR MENGHARGAI MASA

JOM BELAJAR MENGHARGAI MASA

Segala perkara di dunia dan seisinya adalah bersifat dengan sifat yang sementara. Bila makan akan lapar, bila senang akan susah, bila lapang akan sempit, bila muda akan tua dan bila hidup akan mati. Tiada yang boleh dibanggakan dalam hidup ini kerana semuanya hanyalah pinjaman semata-mata. Hidup di dunia ini hanya sementara masa, esok lusa masih belum pasti apakah kita masih diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan ini. Jadi, cubalah menghargai setiap detik yang berlaku pada kehidupan anda. Gunakan sebaik mungkin kerana masa yang anda miliki hari ini tidak akan berulang lagi. Di samping belajar menghargai masa, belajarlah juga mensyukuri apa yang anda miliki sekarang. Jika anda rasa anda susah kerana hanya makan nasi berlaukkan telur goreng, ingatlah masih ada yang lebih susah dengan hanya makan nasi berkuahkan air garam.



JOM BELAJAR MENGHARGAI MASA
kaya vs miskin
Tidak dinafikan ramai di antara kita, secara sedar ataupun tidak, telah mensia-siakan masa yang ada. Gaya hidup tersebut sebaiknya segera kita ubah agar kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan efektif. Kunci sebuah kejayaan adalah bagaimana kita mampu menggunakan setiap masa yang ada dengan sebaiknya. Dengan memanfaatkan masa, berdisiplin, dan kerja keras seseorang itu akan mampu mencapai impiannya.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda telah menghargai waktu:

1. Bangun Lebih Awal
Anda yang terpaksa bergelut dengan dunia kerja yang penuh kesibukan, sebaiknya anda bangun lebih awal atau pagi kerana jika ‘terbabas’ ia boleh menganggu mood anda. Akibatnya masa yang anda miliki menjadi kurang efektif dan tidak mustahil anda akan kehilangan fokus semasa bekerja.

2. Belajar Menguruskan Masa
Ada sebahagian orang yang tidak pandai mengurus masanya sendiri. Akibatnya, masa mereka terbuang dengan begitu sahaja atau sia-sia.

Jika anda seorang yang menghargai masa, sudah pasti anda bijak menguruskan masa anda sendiri agar apa sahaja yang dilakukan bukan sia-sia. Selain itu, jika anda bijak mengatur masa dengan baik, anda jarang dihimpit tekanan jika dibandingkan mereka yang tidak mengaturnya. 
 
JOM BELAJAR MENGHARGAI MASA
times-come and go

3. Boleh Multi-Tasking, Tetapi Bukan Kerap!
Ramai orang yang pulang ke rumah dan mengeluh tentang betapa sibuk dirinya di pejabat. Ada juga yang berasa sangat sibuk dan mengaku tidak memperoleh apapun manfaat dari seluruh aktiviti sehariannya. Mungkin ada di antara kita yang beranggapan atau menyangka bahawa salah satu cara untuk menghargai masa dalam melakukan tugasan yang berlonggok adalah dengan cara multi-tasking. Sedangkan multi-tasking hanya akan membuat pekerjaan anda tidak ‘superb’ sehingga memerlukan lebih banyak masa untuk menyempurnakannya. Jadi, selesaikan satu tugas sebelum beralih ke tugas yang berikutnya.

4. Kurangkan Browsing Dan ‘Main’ Telefon
Cuba kurangkan kebiasaan anda mem-browsing internet dan ‘main’ telefon yang tidak penting atau tiada kaitan langsung dengan pekerjaan yang anda lakukan kerana ia akan menghabiskan masa yang anda miliki. Hargai masa yang anda miliki dengan melakukan perkara yang lebih penting dan bermanfaat. Melayari media sosial boleh menyebabkan ketagihan dan mengambil sebahagian besar masa anda. Jadi, cubalah menghargai masa dan bataskan masa selama 30 minit atau kurang daripada itu bagi tujuan tersebut.

Semoga kita semua menjadi manusia yang menghargai masa dan tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur. Amin.
 http://pencetus.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...