Sabtu, 4 Julai 2015

Info -Bahaya Keringkan Pakaian di Dalam Rumah

5 Bahaya Keringkan Pakaian Dalam Rumah

Peluang membasuh pakaian bagi anda yang bekerja mungkin pada hujung minggu. Namun kadang-kadang kain yang terlalu banyak menyebabkan anda terpaksa menjemur di dalam rumah kerana tiada ruang untuk sidai kain. Cuaca juga boleh menjadi penyebab anda tidak jemur kain di luar rumah. Tetapi tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?
 
 
Cuba lihat beberapa alasan yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan...
 

1. Boleh Jadi Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut. 
 
 

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan. 
 
 
 

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari. 
 
 

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
 
 

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

 
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. 
 
 
 
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda. 
mingguan wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...