Selasa, 14 Julai 2015

Filem-filem paling mahal pernah diterbitkan


Di Malaysia kos pembikinan sesebuah filem boleh dikatakan tidak tinggi kerana kebanyakkan filem tempatan selalunya menelan kos sekitar RM1.5 juta sahaja.

Terdapat juga beberapa filem yang menelan belanja besar seperti termasuk "KL Gangster 2" yang menelan belanja lebih RM4 juta dan juga filem animasi terbaru terbitan KRU Studios yang dijangka menelan belanja sebanyak RM15 juta.

Tetapi jika kita nak bandingkan kos pembikinan filem di Malaysia hanyalah sekitar 1 hingga 10 peratus daripada kos pembikinan filem di Hollywood.



Oleh itu, kali ingin kami ingin menyenaraikan beberapa filem-filem paling mahal pernah dibuat yang dipetik dari myfirstclasslife:

Avatar - USD246 juta (sekitar RM933 juta)

Sumber foto: giphy.com
Filem arahan James Cameron yang ditayangkan pada tahun 2009 adalah filem keduanya yang mendapat kutipan tertinggi ketika itu selepas "Titanic" arahannya. Pengarahnya menunggu selama 10 tahun untuk menghasilkan filem ini kerana teknologi sebelum itu belum ada untuk menzahirkan visi filemnya. Penungguan yang berbaloi kerana filem "Avatar" telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM2.78 billion (sekitar RM10.55 billion).

Harry Potter and the Half-Blood Prince – USD250 juta (sekitar RM948 juta)
Sumber foto: giphy.com
Francais filem "Harry Potter" ada banyak, tetapi untuk filem keenam ini telah menelan belanja besar, namun filem ini mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya mendapat kutipan di seluruh dunia sebanyak USD934.4 juta (sekitar RM3.544 billion).

Spider-Man 3 – USD258 juta (sekitar RM978.67 juta)
Sumber foto: giphy.com
Filem lakonan Tobey Maguire ini merupakan francais paling berjaya. Dengan kos sebanyak USD258 juta (sekitar RM978.67 juta), "Spider-Man 3" berjaya mendapat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak USD890.9 juta (sekitar RM3.379 billion).

Tangled – USD260 juta (sekitar RM986 juta)
Sumber foto: giphy.com
Puteri Disney pada tahun 2010 ini adalah satu-satunya filem animasi yang menelan belanja besar iaitu sebanyak USD260 juta (sekitar RM986 juta). Walaubagaimanapun, kutipan filem ini di seluruh dunia boleh dikatakan agak memuaskan apabila berjaya mendapat sebanyak USD591.8 juta (sekitar RM2.244 billion).

John Carter – USD263.7 juta (sekitar RM1 billion)
Sumber foto: giphy.com
Filem ini pada mulanya mahu dijadikan sebagai filem animasi oleh Disney pada tahun 1930, tetapi ia tidak pernah diriliskan. Sebaliknya, Disney menunggu hampir 70 tahun untuk meriliskan filem 'live action'. Bagaimanapun sambutan terhadap filem ini tidak seperti yang dijangkakan apabila hanya mendapat kutipan sebanyak USD284.1 (sekitar RM1.007 billion).

Pirates of the Caribbean: At World's End – USD300 juta (sekitar RM1.137 billion)
Sumber foto: giphy.com
Filem bersiri "Pirates of the Caribbean" sememangnya filem yang dinanti-nantikan dan kejayaan filem ini diterjemahkan dengan kos pembikinan yang menelan belanja sebanyak USD300 juta (sekitar RM1.137 billion). Walaupun pengkritik filem tidak berpuas hati dengan filem ketiga ini, namun ia tetap berjaya mendapat kutipan sebanyak USD963.4 juta (sekitar RM3.645 billion).
tupai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...