Isnin, 6 Julai 2015

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tembikai


Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Tembikai merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.

Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
 


Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.


Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah


1. Mencegah penyakit asma
Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .

2. Mengawal tekanan darah
Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik. Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser
Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman
Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan
Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.

6. Mengatasi masalah keradangan
Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik

7. Mengurangkan kesakitan Otot 
Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.


8. Kulit yang sihat 
Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat. 


Buah ini juga kaya dengan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan sepotong buah tembikai sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin badan anda selama setengah hari.

9. MELINDUNGI MATA
Selain vitamin C, buah tembikai juga mengandungi Vitamin A. Vitamin A sangat baik untuk melawan infeksi serta mencegah penurunan daya penglihatan anda.

10. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Tembikai kaya dengan kalium. Pengambil setengah biji buah tembikai membolehkan badan manusia memperolehi kira-kira 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

11. MENGANDUNGI ASID FOLIK
Selain kalium, tembikai juga mengandungi asid folik iaitu sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.

12. RENDAH KALORI
Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air , menjadikan anda mudah kenyang. Oleh yang demikian, amalan memakan tembikai amat sesuai bagi anda yang sedang berdiet.

13. MENGURANGKAN NODA HITAM PADA WAJAH
Kulit buah tembikai mampu mengurangkan noda-noda hitam pada wajah. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit tembikai yang telah dikeringkan dan dijadikan serbuk, timun serta daun lidah buaya dan dijadikan sebagai masker.




Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.
 http://miramawary.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...