Ahad, 5 Julai 2015

Resepi Biskut Coklat Chip

Mesti cuba Resepi Biskut Coklat Chip - Resepi Biskut Raya 2016 .Memang sangat-sangat sedap dan rangup . Terasa coklat chip nya. Jom buat untuk raya ni.

Rasa yang sedap, rangup dan berkrim menjadikan biskut ini antara pilihan kami.

 Bahan – Bahan Resepi Biskut Coklat Chip 

2 cawan tepung gandum yang diayak terlebih dahulu
1 sudu kecil baking soda
Secubit  garam
1 cup butter yang berada pada suhu bilik. Sejukkan terlebih dahulu jika ada dalam peti
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil air mineral/masak
1 sudu kecil essen vanilla
2 biji telur gred A ( di pukul sedikit)
2 cawan coklat chip


Pertama ,  campurkan campuran tepung , soda bikarbonat dan garam . Asingkan seketika . Ambil bekas yang lain dan masukkan butter dan gula. Pukul sekejap sahaja sehingga adunan sedikit sebati. Masukkan pula essen vanilla , air dan telur. Teruskan mengacau sehingga sebati dan selepas itu masukkan tepung tadi yang telah dicampur sedikit demi sedikit. Apabila adunan telah sebati , masukkan pula coklat chip tadi.

Kedua , guna sudu untuk ambil adunan dan tekan ke dalam dulang pembakar untuk biarkan adunan menjadi leper. Jarakkan dengan acuan yang lain kerana biskut ini akan mengembang.

Ketiga , panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit dengan menggunakan api atas dan bawah. Selepas itu , masukkan biskut yang telah disusun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu yang sama selama 9-10 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.

Wahhh..siap dah selepas itu. Jangan lupa biarkan sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
 http://daridapur.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...