Selasa, 28 Julai 2015

Kisah ‘Sweet’ Percintaan Dengan Pensyarah Yang Kini Bergelar Suami

Screen Shot 2015-07-27 at 10.47.05 PM
Kalau dah jodoh tu tak ke mana.. Bak kata orang, cinta itu buta dan tak mengenal siapa. Ada yang tua kahwin dengan 10 tahun lebih muda, ada yang muda kahwin 30 tahun lagi tua, macam-macam lagi lah! Dah Tuhan bagi kita pasangan yang sesuai tu, terima je lah kan? Hehe..

Kali ini kami nak kongsikan cerita yang ‘rare’ untuk korang iaitu kisah percintaan student dan juga lecturer. Menarik bukan? Mana la tau dulu-dulu masa korang study dulu ada lecturer yang handsome atau cun tapi hanya mampu melihat je. Haa jom kita ikuti student yang kini bergelar isteri kepada lecturer nya. Sweet bak hang!




Part 1/6

Screen Shot 2015-07-27 at 11.10.20 PM
#anaxzhrf love story (PART 1/6) ????
May 2013, semester 3 — di satu petang yg agak hening, aku tengah tunggu lif dengan sorang lecturer lelaki ni. Mula2 taknak masuk lif tu sebab awkward bila berdua je dalam lif. Tp disebabkan dah lambat nk masuk class aku redah aje laaa. Masa dlm lif hati gatal aku berkata “handsomenyaa lect ni aaalahaii. Tp muka kerek” . Kua je lif terus bgtau wida td nampak lect hensem pakai vest ohmaigaad hensemnyaaa widaaa. And bila aku ade crush je housemates aku mesti akan tau muahaha. Tapi memang takde angan2 untuk berpelamin fantasia ponnn. Sedo diri tu skett ngko tu studenttttt jeee. And masatu nama dia pun taktau hahaha (cont)

Sambungannya hari esok di waktu yg sama, hanya di insteggreewmmm????

Part 2/6

Screen Shot 2015-07-27 at 10.59.47 PM
#anaxzhrf love story (PART 2/6) ????
December 2013, semester 4 — first class sem 4. Kelas AIS280 (accounting computer). Agak2 30 minit tunggu dalam kelas, masuk la lect yg ajar subjek tu. Nk tau sape??? Jeng jeng jenggg!!!!! Crush lama gua rupanya. Jantung masetu laju ya amat dah kenape ntah. Nervous lak tetibe. First class die terus kasi manual suruh present next class. Aku punya persediaan mase tu ya Allahh kaw kaw punya sbb nak present depan dia. Tapi masa tu die garang. Dari suka terus rasa mcm tak jadi nak suka lak hahahaa. Lepas class, teman ina hosmet aku pegi jumpa sir tu. Nk mintak contact number sbb ina ni class rept utk class dia (kitorang kelas lain2). Time tu class aku pun takde class rept lg so aku pun save ajela number sir sekali sbb kalau takde kelas ke ape, sir takde number kitorang. So ade satu pagi tu tunggu sir tak muncul2. Aku pun whatsapp lah sir tanye ade kelas tak. Sir bgtau die MC. Dari situ la sir save number aku. Contact name aku  mesetu ‘AIS280′. JE ???? To be continue……

Part 3/6

Screen Shot 2015-07-27 at 10.48.04 PM
#anaxzhrf lovestory (PART 3/6) ???? Lepas 2 minggu mengajar, sir dah tak masuk kelas. Kt kolej pun tak nampak batang hidung. Yang masuk lect lain.. Tertanya2 jugak dlm hati, rupanya org bgtau die dah tukar tempat keje. “Ooooo yekeee” ???? .Tapii. Sepanjang sem 4 sampai 5, sir rajin whatsapp student2 dia, mcm kt @shazwinafauzi, @qillaznl goodluck untuk test2, final, study tips, tanya result, and everytime sir whatsapp aku akan excited cm orang gile tapi tak reply kalau reply pun sepatah je hahahahahahahaha . Aku pun respect die kot2 die dah ade gf ke tunang ke bini ke kang aku balas lelebih mcm nk sembang mesti sir akan reply balik ha nnt aku nak reply ape lagi??! Nebes mak ???????????????? Nak dijadikan cerita, a few months later (semester 5), tengah teman mak kt pasar, tetibe dapat satu whatsapp “nice dp” ….. (cont)

Part 4/6

Screen Shot 2015-07-27 at 10.49.10 PM
#anaxzhrf love story (PART 4/6) ????
Julai 2014, semester 5. Ramadhan — tengah teman mak kt pasar. Dapat whatsapp “nice dp” Bukak2, sir yang whatsapp. Tengah2 pilih ikan pulak tu. rase nk gigit ikan2 kt situ aku punya excited. Dilema ni nk reply ke tak….. NAK TAU TAK SEBAB APE AKU PAYAH SANGAT NAK REPLY DARI DULU. Sebab masa aku sem 3, @ekynmohdnor penah bgtau aku die nampak sir tu tgh makan dgn “someone” kt nandos ???? TAPII disebabkan aku tengok ikan pun dah serupa ayam pasal dilema nk reply ke tak, aku pun dengan awkwardnya reply “haha thankyou sir”. Sir pun balaaas lagii. Alamak aku dh takde ayat ni. Dalam kereta nk balik dr pasar terus cite kt mak, “maakkk lect yg ana suka whatsaaaaap. Tp ana taktau die ni dh kawin ke belum. Takut2 nk reply”. Haha miss you mak. Sebab taktau nk borak ape, masetu aku tengah gila berniaga. Aku bukak topic popia nestum hahahahahahaha rupanya sir pun suka. dh balik kl, sir dtg rumah sewa sbb nak pickup popia nestum (siap dengan duit raye????) n then masa bg popia tu die tanya bila balik kampung cuti raya. I said, tahun ni raya kt hospital je sir. Sbb abah nk operation.
Since that day sir rajin berborak dengan aku mcm berminat nk tau my life story maybe? We share lots of story, problems, sebab die nk teman aku stay up jaga abah kt ward. Selesa kawan dengan sir. Boleh share evrything. A very good listener i can tell you. Tambah2 pulak aku dh tau rupanya dia single. So takdela takut2 dah kan hahaa. Tapi seriously tak penah terlintas nk relationship yg lebih serius. Borak pun panggil sir kan. Tapi, 3 bulan we are getting closer day by day.. One day, ade someone yg tak pernah kenal (bukan sir) contact me nak datang jumpa mak abah…

Part 5/6

Screen Shot 2015-07-27 at 10.48.44 PM
#anaxzhrf love story (PART 5/6) ????
17 Oct 2014 — someone datang jumpa mak abah. Niat nak merisik ana. Ana pun mase tu memang takde sape2 so i just let him meet my parents. Bila dia dh jumpa, mak abah berkenan. Lelaki tu nak ajak bertunang. Mula2 rasa excited. Tapi bila duduk sorang2 rasa sayu fikirkan sir. Macam mana kalau dah jd tunang orang nanti ana dah tak boleh fikirkan sir? Sedangkan dah sangat selesa dengan sir. Tapi.. sape aku nak fikir macamtu. Aku pun taktau ape dalam hati sir. Ntah2 aku ni cuma student yg selamanya jadi student dia. Ade jugak kasi2 hint. Tp sir ni kerek betul taknak paham hint ???? . So i guess, aku kena buat pilihan. Dengan sir tak penah borak pasal hati masing2 pun. Dahla, buat ape pikir pasal sir. Cerita kat housemates, mak, semua suruh buat istikharah. Mak terima je aku pilih sesape janji aku happy. Thankyou so much mak ???? Lepas istikharah, aku bagitau sir pasal lelaki ni. Anddddd sir nampak sedih. Bila sir sedih aku ni lagi laaaaa. Geram pun ade. Kalau suke cakap la suke! Ishhhhh sekarang kan dah susahh ????. Istikharah demi istikharah, hati aku tetap rasa hidup aku lebih tenang dengan sir. Untuk masa depan aku, hidup aku, aku terpaksa tolak lelaki tu dengan penuh rasa serba salah. Kalau aku terima dia, mungkin aku asyik teringat sir? even sir tak janjikan apa2, tak janjikan bila kitorang akan kawin. Aku pilih sir.. 17 Oct 2014– So habis last paper final semester 5, kitorang luahkan perasaan masing2, he said he want me as his future. declare our relationship more than just student and lect. Tapi sampai sekarang still panggil sir ????

Part 6/6

Screen Shot 2015-07-27 at 10.46.17 PM
#anaxzhrf love story part (6/6)
25 July 2015 — sir zharif, lecturer kerek dalam lif dulu sah menjadi suami saiaaaaa ???????? i love you sir @zharv26 ????

Part 6.1

Screen Shot 2015-07-27 at 11.09.49 PM
#anaxzhrf lovestory (Part 6.1) hahaha.
Lepas declare relationship. Sebulan lebih tak berjumpa sebab tengah cuti sem. So contact dekat whatsapp aje. Naik je sem 6, still lagi awkward. Bila keluar sama borak tak pandang pun mata dia. Pandang kiri kanan laa, tenung air laa hahaha poyo. Sir zharif ni jenis sweet yang matured haha. Die tak pernah berjanji apa2 , tp die terus buktikan. Even aku tau die takde plan ape2 pun untuk kawin dalam masa terdekat, sebab die baru je putus tunang a few months back. (Yup, with the girl yg @ekynmohdnor nampak kt nandos yang aku pun berhuhuhuhu tu). See. Masa memula minat die pun dah tau die dah ade tunang so idokle berangan masa depan dengan lect kerek dalam lif tuuu. Tp. Jodoh kan? ???? Bila dah close, dengan tiba2 die ckp nak kahwin tahun ni. “U habis je paper sem 6, sir pegi jumpa mak abah”. Aku cam, seriezzzz aaaaa kate tak plan pun nak kawin lagiiii. Tapi sape taknak kan? Haha. Aku setuju dan habiskan final dengan girangnya sampai last paper kengkawan jerit “yeayyy ana dah bolehhh kawinnnn????????????” gitu. (And thankyou so much sir zharif sbb sangat2 gigih datang ajar account ,finance even dah lama stop jd lecturer dannnn lulus 7 subjek dengan jayanya. Hiks)
April 2015– Habis final, orang paling tak sabar nak tengok aku kawin is mak ? asal aku balik manjung je mesti kirim apa2 kt bakal menantu die tu. Sayang katenye.. menantu ckp je nak makan ape mak buatkan. Hehe.
May2015– dpt keje kt kl. So terpaksa stay kl sbb kt perak takdepun kene panggil interview even resume hantar belambakk2. Dahla nk kawin, kene la keje kan. Keje baru 2 minggu, dapat interview petronas and i’ve got the job. Mak sangaaatttttt happy. Die nak buat pulut kuning sedekah kat jiran atas berita gembira tu. Tp takde masa terluang sebab a few days lepas tu mak kene tahan wad sebab serangan jantung. Mase jaga mak kat wad, asyik borak pasal sir jee. Die tak sabar sangat.. nak tengok aku kawin, nak tengok anak aku, mintak aku cepatkan kawin bualan syawal (perancangan awal bulan 9) .tapi dlm masa yg sama die bagitau pasal kain batik lepas ade dlm bilik belakang. Aku tutup telinga. Taknak dengar.

Part 6.2

Screen Shot 2015-07-27 at 10.49.01 PM
#anaxzhrf lovestory (Part 6.2)
8/6/2015 (isnin) — Alhamdulillah mak discharge, aku balik kl untuk habiskan notis benti keje kt office lama. Sampai je kl, pukul 11. malam sampai 11.15 mak call borak2, gelak2, pastu aku mintak mak makan ubat pastu tidur.. pukuk 11.30 kakak ipar  bagitau mak kene strok.. aku pun terus balik malam tu jugak dengan abang. Sampai wad kecemasan pukul 4 pagi., hati sape tak luruh tengok mak kene ikat kt katil pakai tiub kt hidung, and tak respond ape2 cuma kaki tangan kiri je bergerak2 ???? aku tunggu mak kt wad dengan harapan mak sedar cepat.. Nak tolak tawaran petronas nak jaga sampai sembuh.. tpi abang2 tak bagi. So, mintak tangguh report duty petronas, and terus je benti dr office lama. call katering,pelamin yg dah di booked untuk cancel wedding bulan 9 tu. Takde hati nak kawin dengan keadaan mak gitu ???? tapi abang2 bincang percepatkan majlis sementara mak masih ada. Sebab mak still boleh dengar.

Sampai lah hari khamis mak still macamtu.. tapi doctor kasi mak discharge biar kami jaga mak kt rumah. Semua 8 adik beradik pun ada jaga mak sama2.. hari sabtu abang nk balik kl ade urusan aku pun tumpang sbb nk amek baju sebab haritu balik sehelai sepinggang.  hari ahad, lagi dua hari nak puasa, dapat panggilan mak dah takde.. hancur hati ni.. nk tengok mak sembuh ???? nak mak tengok ana kawin even mak tak boleh respond. At least ana boleh bisik kt mak yg ana nk kawin ni mak… sampai je rumah orang semua tengah balut kain kapan… cium mak semahu2nya. Dah takde tubuh emak yg aku suka peluk cium. Tidur kt ketiak. Al fatihah mak ana syg.. Seminggu mak pegi, fmily decide buat majlis lepas raya. Nak sampaikan hajat besar yg paling mak tunggu2. Aku setuju..sbb perlukan seseorang yg selalu ada lepas mak dah takde ???? sebab tu majlis buat kecil2, takde dj, takde kompang, hanya nikah dan jamuan makan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Ya Allah, jadikan aku seorang isteri dan anak yg solehah. Untuk bejumpa dengan mak di syurga mu. Amin.
Sumber: Instagram @anasulianna/ oh bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...