Selasa, 7 Julai 2015

Resepi -Ketam Tumis Tomyam yang mengancam sedapnya...


Sebenarnya, malam tadi Cik Wan masak dua jenis resepi, satu rebus serai dan satu lagi tomyam tumis. Mr A lebih sukakan yang rebus tapi Cik Wan teringin nak makan yang lebih menarik, begitu juga si Alis, jadi separuh lagi Cik Wan masak tumis tomyam ni. Jom tengok bahan-bahanya.
 

Bahan-bahannya;
2 ekor ketam - dibelah dua, ketuk jarinya hingga retak atau pecah sikit2 supaya senang budak2 makan.
Garam
Lada sulah
Tepung jagung 

2 ulas bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
Sehiris halia-tumbuk
*tumbuk bersama- tapi Cik Wan dadu jer malam tadi

2 batang serai-ketuk
3-4 helai daun limau purut
Cili padi-potong secukupnya ikut kepedasan
1 tangkai daun ketumbar- hiris
1 tangkai daun bawang-hiris

1 kiub tomyam- Cik Wan guna Knorr
3 sudu sos tiram
2 gelas air
1 biji telur
1/2 sudu kecil gula
 *Cik Wan tak letak garam sebab kiub tomyam dah cukup masin (boleh tambah garam jika suka)

Cara-caranya;
  1. Perap ketam dengan lada sulah dan garam. Taburkan tepung jagung dan goreng hingga masak. Toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak dari kuali menggorengkan ketam tadi, dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Mula2 tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan serai dan daun limau purut. Kacau sebentar.
  5. Masukkan sos tiram. Kacau lagi.
  6. Masukkan air, dan masukkan kiub tomyam. Kacau lagi.
  7. Masukkan potongan daun bawang dan 1/2 hirisan daun ketumbar.
  8. Masukkan ketam yang telah digoreng. Kacau.
  9. Masukkan gula. Kacau.
  10. Pukul telur sedikit dengan garfu, tuang kedalam kuali. Kacau supaya sebati dengan ketam.
  11. Taburkan potongan cili.
  12. Taburkan hirisan daun ketumbar.
  13. Siap!!.
Sedap sungguh laaa...cuba jangan tak cuba :) 
http://duniacikguwan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...