Seorang
kiai melakukan perjalanan bersama santri-santrinya. Di tengah
perjalanan, ternyata masuk waktu (Zuhur). Kemudian sang kiai, yang
selalu mempunyai wudhu, bertanya kepada para santrinya, "Apa kamu punya
wudhu?"
"Tidak, Pak Kiai," jawab santri-santrinya.
"Wudhu saja kamu tidak punya, apatah lagi duit ...," seloroh sang kiai.
Canda
yang dilontarkan sang kiai tentu bukan tanpa pesan, melainkan
memasukkan nasihat yang menawan. Tidak hanya mempraktikkan gaya nasihat
yang cair dan alami, tapi cuba menggebah motivasi dan menggugah logik
santri-santrinya; santri jangan susah, maka raih peluang-peluang yang
ada di depan mata. Betapa banyak peluang dan hal-hal yang ringan dan
percuma yang tersaji di hadapan mereka.
Sang
kiai mengingatkan, kalau hal-hal yang ringan dan percuma saja para
santri tidak punya, seperti wudhu, bagaimana dengan hal lain yang perlu
dicari sedemikian rupa, misalnya duit atau kekayaan?
Mesej
utama yang dipraktikkan sang kiai kepada para santrinya adalah
bagaimana ia terus melazimkan wudhu. Sebab, banyak keutamaan dalam
wudhu. Seorang Bilal bin Rabah boleh menjadi penghuni syurga kerana
wudhu, bahkan khabar tersebut sudah ia terima sejak masih menjejakkan
kaki di muka bumi ini ketika masih hidup.
Abu
Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah bertanya kepada Bilal ketika
solat Fajar, "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang
paling engkau amalkan dalam Islam, kerana aku sungguh telah mendengar
gemerincing kasutmu di tengah-tengahku dalam syurga."
Bilal
berkata, "Aku tidak mengamalkan amalan yang paling kuharapkan di
sisiku, hanya aku tidak bersuci di waktu malam atau siang, kecuali aku
solat bersama wudhu itu sebagaimana yang telah ditetapkan bagiku." (HR
Bukhari).
Secara
perubatan, sudah diakui bahawa wudhu dapat menghilangkan mikrob yang
bersarang dalam hidung, yang jika mikrob ini cepat merebak dan
berkembang-biak, akan menyebabkan munculnya pelbagai penyakit.
Lebih-lebih kalau sampai ke kerongkong, lalu masuk menerobos ke
peredaran darah. Maka, berbahagialah orang yang melazimkan diri berwudhu
secara terus-menerus. Kerana dengan istinsyaq (menghirup air ke dalam
hidung), lalu mengeluarkannya lagi, hidung bersih dari debu, kuman, dan
bakteria.
Bahkan,
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater sekaligus neurolog
berbangsa Austria, memeluk Islam lantaran berjaya menguak keajaiban
yang ada dalam wudhu kerana mampu merangsang pusat saraf dalam tubuh
manusia. Adanya keselarasan air dengan wudhu dan titik-titik saraf
menjadikan keadaan tubuh selalu sihat.
Manfaat
secara ilmiah dan perubatan ini hanya sebahagian kecil daripada berkat
wudhu. Masih begitu banyak hikmah lain dari amal yang ringan ini. Wudhu
boleh menghapuskan dosa-dosa kecil dan mengangkat darjat seseorang (HR
Muslim).
Wudhu
adalah tanda dari pengikut Nabi SAW (HR Muslim). Wudhu boleh mengurai
ikatan atau jeratan syaitan (HR Bukhari-Muslim). Wudhu adalah separuh
daripada iman (HR Muslim). Dengan wudhu, seorang Muslim juga boleh
meraih kecintaan dari Allah: "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang
yang bertaubat dan orang-orang yang bersuci." (Al-Baqarah: 222).
republika.co.id/detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan