Ahad, 23 September 2012

Sotong Masak Serai



Menyediakan santapan keluarga adalah sesuatu yang menjadi kewajipan seorang isteri dan ibu. Air tangan ibu adalah keajaiban, diadun bersama kasih sayang yang sejati. Ke mana pergi, pasti air tangan ibu juga yang kita dambakan. Betul?

Anakanda tersayang, Afiq, pernah merajuk kerana tidak puas makan sotong masak serai ini. Saya tidak kisah menyediakannya berkali-kali kerana caranya sungguh mudah. Selamat mencuba bagi yang sudi. 


 
 

Bahan-bahan:
1kg sotong
2 batang serai
1inci halia

2 ulas bawang merah

sedikit kunyit

Cili kisar 

Garam


Cara-cara :
 
1. Bersihkan sotong. Tumbuk semua bahan.
 
2. Perapkan sotong dengan bahan yang ditumbuk. Masukkan sekali bahan perapan ke dalam  sotong dan sumbat dengan kepala sotong.
 
3. Panaskan kuali non stick. Letak sedikit minyak zaitun. Kemudian masak sotong yang diperap tadi sehingga kering.



ummuammar76

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...