1. Tandas
Tandas merupakan tempat paling banyak bacteria,maklumlah ia menjadi tempat pembuangan sisa kumuhan manusia. Oleh kerana itu jangan abaikan ,selepas ke tandas basuhlah tangan anda dengan sempurna. Gunakan sabun dan jangan cuci ala kadar aje. Bakteria terlalu banyak di sana,cumanya manusia bernasib baik, sistem badan masih kuat. Bayangkan jutaan bakteria bertaburan dan berterbangan sewaktu atau selepas aktiviti kumuhan tersebut. Kebersihan tandas juga perlu diberi keutamaan. Ianya mesti dicuci setiap hari dengan menggunakan sabun anti bakteria atau yang sesuai denganya.
2. Hand Phone
Jangan terkejut , kerana kita selalu abaikan perkara ini. Maklumlah sewaktu seharian kita pegang atau sentuh pelbagai benda,malahan hand phone atau telefon bimbit turut kita pegang. Jadi basuhlah tangan sewaktu ingin menyentuh makanan.
3. Duit syiling
Duit syiling turut menjadi tumpuan bakteria sebenarnya.sentiasa bertukar tangan ianya menjadi tumpuan bakteria
4. Tombol pintu.
Tombol pintu sentiasa dipegang dan dipulas, jadi sudah tentunya menjadi tumpuan bakteria terutama dengan tangan yang tercemar.
5. Pisau
Sepatutnya pisau di dapur sentiasa dibasuh dan dikeringkan dengan baik. Elakkan menggunakan piasau yang sama untuk memotong daging juga digunakan untuk memotong buah-buahan atau kek. Aktiviti seperti di kawasan kantin sekolah contohnya, kebersihan alatan memasak perlu diberi keutamaan
6. Bekas sampah
Tong sampah atau bekas sisa makanan di dalm rumah sepatutnya ditutup dengan rapi. Ini boleh mengelakkan lalat dari sampai dan menyebarkan pelbagai penyakit.
7.Botol susu
Botol susu anak sepatutnya dipastikan kebersihan yang mencukupi. Putting susu yang sudah lama sepatutnya ditukar dengan yang baru. Rebus botol susu dan putting susu anak dengam kerap boleh mengelakkan keracunana makanan. Ini Kerana botol susu juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria.
8. Sinki
Singki terutamanya di tandas adalah tempat bacteria berkumpul, semestinya sinki dijaga dengan rapi pastikan sentiasa bersih
9. Pen
Bunyinya memang pelik? Tetapi itulah hakikatnya, sebab itulah tangan perlu dibasuh dengan sebaiknya, walaupun hanya dengan memegang pen.
10. Tangan
Hakikatnya tangan merupakan anggota manusia yang paling mudah terdedah kepada bakteria.Oleh kerana itulah sebelum makan, pastikan tangan dibasuh dengan sempurna, maksudnya bukan basuh gitu-gitu aje..sebaliknya di bahagian dalam dan luar tapak tangan serta dicelah-celah jari. Sesunguhnya kebersihan itu adalah sebahagian dari Imanlovehijau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan