10 - AFRICAN CICHLIDS
Ikan yang juga diberi nama “Sick-Lids”
boleh ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi , Tananyika dan Victoria.
Mampu membesar sehingga 6-7 inci manakala bagi spesies Frontosoa pula
ke 12-14 inci. Ikan-ikan ini adalah ikan air tawar yang mudah dipelihara
di dalam akuarium rumah.
9 - PARROTFISH
Dinamakan sedemikian kerana bentuk mulutnya
yang mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya untuk memecah
dan memakan invertebrate (kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang
seperti cacing, udang dan siput) kecil yang hidup di kawasan batu
karang. Biasanya ia akan memakan keseluruhan bebatu karang atau pasir
laut lalu mengunyah invertebrate yang ada di dalamnya dan kemudian
membuang sisa-sisanya.
8- REGAL TANG
Pernah Nampak ikan ni…tentu kan didalam
movie finding Nemo. Ikan ini tergolong dalam keluarga Surgeofish, yang
memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan
sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutamanya untuk system
pertahanan dalam menghadapi predator atau binantang pemangsa.
Kecik-kecik pun dah main pisau..
7 - CORAL BEAUTY
Ikan ini tergolong dalam kumpulan
Angelfish. Ikan-ikan ini bleh dibela dalam akuarium rumah dan mampu
bertahan dengan baik walaupun anda seorang yang malas nak menjaga. Ini
kerana ikan ini dari spesies ikan yang tahan lasak.
6 - FLAME ANGEL
Ikan ini memiliki hubungan rapat dengan
Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty tetapi sifatnya tidak
seteguh Coral Beauty. Aku pun tak faham ayat ni. Kena mengaji balik ni.
Tapi maksudnya dia punya warna tidak kekal lama seperti ikan Coral
Beauty.
5 - IKAN KOI
Yang ini sure ramai yang tahukan. Dapat no 5
ikan ini ada banyak variasi warna. Biasanya ikan Koi memiliki warna
oren,merah,putih keemasan ataupun hitam. Beberapa penggemar ikan Koi
sanggup membayar ribuan ringgit untuk seekor ikan koi hanya untuk
mencari pola warnaya yang jarang-jarang didapati.
4-MOORISH IDOL
Bukan rancangan Idol tu ok. Ikan ini
tergolong dalam golongan yang sukar dipelihara di rumah dan juga sangat
mahal harganya. Tidak banyak sumber mengenai ikan ini.
3 - LIONFISH
Ikan ini juga digelar zebrafish. Tulang
belakangnya memiliki racun yang sangat berbisa dan cukup efetif. Mereka
yang memliharanya perlu berhati-hati ketika hendak membersihkan
akuarium. Sayang…lawa tapi beracun.
2- DISCUS
Dah macam ikan berbincang pula..haha..ikan
ini merupakan spesies ikan air tawar yang paling cantik. Harganya juga
sangat mahal. Anaknya yang sepanjang 3 inci mampu mencecah 50-80 dolar
Amerika
1-MANDARINFISH
Ada dua jenis dari spesies ini.
Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya
memiliki pola dan warna yang lebihbaik dibandingkan dengan jenis
Psychedelic. Harganya tidak lebih dari 20 dollar seekor tetapi yang
menjadi masalah adalah makannya. Ia Cuma memakan mikro-invertebrata yang
hidup di batu karang . untuk memeliharanya di rumah memerlukan
batu-batu karang yang mencukupi didalam akuarium bagi tempoh sebulan
untuk membiarkan ia menyeseuaikan diri dengan suasana baru.kindofsoul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan