Isnin, 24 September 2012

4 ADAB USUL Yang Mesti Dipatuhi.

Kejayaan manusia hanya dalam agama, selagi mana kita dapat taat pada perintah Allah dan ikut cara Nabi Muhammad SAW.
Semasa keluar di jalan Allah. Ada 4 usul yg mesti kita patuhi. Adab usul dibuat dan ditertibkan oleh ulama mengikut keadaan dalam sesebuah negara. Jikalau kita tak jaga usul masa keluar di jalan Allah. 4 bulan @ 40 hari pun tidak ada gunanya.  4 Adab Usul yang perlu dipatuhi ialah:
 
 

  1. 4 perkara yang perlu diperbanyakkan
  • Dakwah (untuk dapatkan hakikat iman)
  1. Ijtimain (Bayan)
  2. Khususi (Khusus)
  3. Infradi (Sendiri)
  4. Umumi (Gush)
  5. Tashkili 
  • Takhlim (untuk dapatkan hakikat ilmu)
  1. Khitabi
  2. Halaqoh tajwid
  3. 6 sifat Sahabat
  • Ibadat (untuk dapatkan hakikat Ikhlas)
  1. Sembahyang sunat
  2. Baca Quran
  3. Doa
  • Khidmat (untuk dapatkan sifat2 mulia)
  1. Kepada Amir
  2. Kepada Jemaah
  3. Kepada Diri
  4. Kepada Makhluk (Masjid @ org tempatan)
     2. 4 perkara yang perlu dikurangkan
  • Makan @ masa makan
  • Tidur & Rehat
  • Berada di luar masjid
  • Bercakap hal dunia
     3. 4 perkara yang perlu ditinggalkan
  • Jangan mengharap pada makhluk
  • Jangan meminta pada makhluk
  • Jangan membazir
  • Jangan guna barang orang, tanpa izin
     4. 4 perkara yang tidak boleh disentuh
  • Politik & Kerajaan
  • Fahaman Mazhab
  • Pangkat & Darjat
  • Derma & Sumbangan
Adab2 usul ini, bukannya utk diamalkan semasa keluar di jalan Allah sahaja. Kita juga boleh gunakan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh: kita banyakkan bercakap tentang kebesaran Allah. Dalam setiap percakapan kita seharian, cuba kita selitkan dengan perkataan "InsyaAllah" (dengan izin Allah) dan sebagainya.
Adab usul ni sebenarnya adalah untuk diri sendiri masing-masing. Insya-Allah, semua ini boleh dapat bila keluar di jalan Allah SWT. Kalau setakat baca-baca je kat sini takde mujahadah maka susah lah nak datangkan perkara-perkara tu. Benda tinggiii kena mujahadah lah kan..?

Apa2pun, aku harap Allah akan bagi kefahaman kpd orang yg membaca tentang Adab2 ini, lebih daripada aku yg hanya menghafalnya.

"DAN MEREKA YG BERMUJAHADAH DI JALAN KAMI, PASTI KAMI AKAN BUKA KEPADANYA JALAN-JALAN HIDAYAH"

p/s: Adab usul ni, berubah mengikut negara. Kalau di Malaysia hanya 16 je. Di negara lain tak tahu la aku.
zulfattah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...