Sezaire-Berwick ‘wind wagon’
Sezaire-Berwick ‘wind wagon’
telah mencipta sebuah jentera prototaip menjelang tahun 1915 untuk
digunakan sebagai kenderaan berperisai semasa Perang Dunia Pertama.
Walaubagaimanapun, kenderaan ini tersenarai sebagai kenderaan yang tidak
praktikal dan terpaksa dibekukan pengeluarannya.
Armoured Quadricycle
Sebuah lagi jentera yang tersenarai
sebagai jentera yang tidak praktikal adalah Armoured Quadricycle. F.R.
Simms(gambar) gagal untuk menarik minat pelabur semasa demostrasi
prototaip ciptaan pada Jun 1899.
Jentera ini dilengkapi dengan mesingan
jenis Maxim yang mampu menembusi kepingan nipis besi. Namun begitu,
ciptan F.R. Simms tetap tidak mampu menambat hati pelabur.
Austro-Daimler Panzerwagen
Jentera Austro-Daimler Panzerwagen adalah jentera berperisai yang memiliki enjin four wheel drive(4WD).
Jentera ini memuatkan enjin Austro-Daimler dan rekabentuknya direka
oleh anak kepada Gotlieb Daimler, Paul Daimler. Jentera ini dilengkapi
dengan turet yang mampu berpusing 360 darjah dan mampu mencapai kelajuan
45 km/j.
Segala-galanya adalah sempurna bagi
jentera ini namun ia gagal mendapat tempat di hati pemerintah
Jerman-Austria, Emperor Franz Joseph I. Menurut beliau jentera
berperisai ini akan menganggu kuda perang tentera Jerman-Austria kerana
bunyi enjinnya yang bising.
Jentera ini hanya digunakan sebagai kenderaan pengangkut dan bukannya jentera perang sebagaimana tujuan utama ia dicipta.
Fiat Terni
Jentera yang dikenali sebagai Fiat Terni
ini dicipta oleh jurutera daripada syarikat Fiat, iaitu sebuah syarikat
permotoran Itali. Ia mula digunakan oleh tentera Itali menjelang akhir
tahun 1918 sebagai jentera pengiring dan pembekal peralatan tentera
serta amunisi di sempadan.
Autocar
Jentera Autocar adalah jentera perisai
jenis ringan milik tentera Kanada. Jentera ini dilengkapi dengan
kepingan plat besi setebal 9.5mm yang dibekalkan oleh Bethlehem Steel
Corporation. Jentera Autocar mudah dikendalikan dan ringan serta mampu
memuatkan paling maksimum 6 krew. Jentera masih terus digunakan miskipun
Perang Dunia Pertama telah tamat pada 1918.
Lancia IZM
Jentera Lancia IZM adalah jentera buatan
jurutera daripada Itali. Ia digunakan sepenuhnya semasa Perang Dunia
Pertama iaitu pada tahun 1916. Jentera ini diiktiraf sebagai jentera
berperisai pertama yang dihasilkan oleh jurutera Itali.
Lancia IZM dilengkapi oleh turet
berkembar dengan dua mesingan. Jentera ini mampu memecut 60km/j iaitu
antara jentera berat yang terlaju pada masa itu.
SAVA
Jentera berperisai SAVA adalah jentera
yang dibangunkan oleh tentera Belgium menjelang tahun Oktober 1914.
Jentera SAVA dilengkapi dengan turet yang berbentuk kubah yang mampu
berpusing 360 darjah. Tanda pengenalan utama jentera SAVA adalah lampu
spotlight yang besar di hadapannya.
Schneider CA1
Jentera tempur yang dikenali sebagai
Schneider CA1 adalah hasil buatan Perancis dan digunakan sepenuhnya oleh
tentera Perancis semasa Perang Dunia Pertama antara tahun 1916 sehingga
1918.
Jentera atau kereta kebal pertama buatan
Perancis ini dikendalikan oleh enam orang krew dan berfungsi untuk
menembusi kawat berduri di sempadan musuh.
St. Chamond
Jentera atau kereta kebal kedua buatan
Perancis adalah St. Chamond. St. Chamond memiliki rekabentuk kereta
kebal yang lebih moden dan ketemporari. St. Chamond dianggarkan dibina
sekitar 400 buah daripada April 1917 sehingga Julai 1918.
Dengan bentuk yang lebih panjang dan besar, St. Chamond memerlukan sembilan orang krew untuk mengendalikannya.
Seabrook
Komander CR Samson dan beberapa pegawai
Eastchurch Squadron, Royal Naval Air Service (RNAS) telah merekabentuk
lori yang memuatkan rifel semi-automatik Vickers 3-pounder. Jentera ini kemudiannya dibina oleh Forges et Chantiers de France di Dunkirk dan dihantar ke medan perang pada 16 Oktober 1914.
A7V
Jentera buatan Jerman ini adalah
satu-satunya jenis yang digunakan oleh mereka semasa Perang Dunia
Pertama. Jerman agak terlewat kerana A7V hanya digunakan pada April 1918
sehingga Perang Dunia Pertama berakhir pada November 1918.
A7V mendapat jolokan ‘kubu bergerak’
kerana rekabentuknya yang dipenuhi dengan kepingan-kepingan besi yang
tebal. A7V mampu bergerak sehingga mencapai kelajuan 15 km/j dan
dikendalikan oleh 18 orang krew.
takusahrisau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan