Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat.
Minum lapan gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari
terkena penyakit. Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa
mesti tekak kita pon jadi jemu.
Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat
mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:
JUS OREN
Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan
memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh
darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih
sedikit zat untuk melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat
kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa
gula.
TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang.
Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan
dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji
dari University of Pennsylvania di Philadelphia).
JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh
bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin
C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan
baik.
SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein,
membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari
American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang
minum susu coklat selepas latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan
otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum
air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2
sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat
hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.
TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di
uji minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari
sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti
minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak
dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga
dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
JUS TOMATO
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana
kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu
melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum
dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser
kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang
membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh
atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.
Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin.
Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain jugapenpatahblog
Bio Ultra 3 Suhu Tabletop RM899 - rm1299 (ada 6 Model Pilihan)
BalasPadamBio Ultra 3 Suhu Floor Stand RM1499
Bio Ultra 2 Suhu Floor Stand RM1299
~ Size tangki yang besar (unlimited - auto refill) ☺
~ Built in 4 Filter Made in Korea
~ Semua filter Kami ada Cert Halal
~ Warranty 12 & 18 Bulan
~ Hasilkan Air Mineral Alkali
~ Sambungan terus kepaip
~ Tangki auto refill
~ Safety child lock untuk air panas
Bio Ultra Gold Master Fiber Outdoor dgn 7 Penapisan (RM799)
~ Cover dari gentian fiber tahan lasak
~ Fungsi manual backwash dan rinse
~ Waranti 10 tahun
Penghantaran & Pemasangan & servis Berkala Seluruh Malaysia disediakan
Whatsapp / Call 0178895990
http://bio.wasap.my
Gambar & Maklumat Lain boleh view Blog kami dibawah
http://penapis-air-bioultra.blogspot.com