Isnin, 24 September 2012

Gulai Sepat Masin dengan Nenas…


Ni sebenarnya… lauk entah bila….. saya terlupa lak nak postkan… tapi dengan senang hati walaupun dah lama saya post jugaklah… dari tak de entri langsung kan!!! Suka sangat lauk ni…. Ikan masin ni kalau di gulaikan atau di masak asam rebus campur sayur, memang my favourite…  lauk kampung cam ni yang paling membangkitkan selera saya….





Resepi Gulai Sepat Masin dengan Nenas
  • 6 -10 ekor Ikan sepat masin
  • sepotong nenas ( potong kecil )
  • 1 cawan santan pekat
  • air secukupnya untuk kuah
Bahan kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sebiji kunyit
  • sehiris halia
  • 6-10 biji cili padi ( ikut kepedasan yang di ingini )
  • 2 biji cili merah
  • serbuk perasa dan sedikit gula
Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan dalam periuk…. kacau hingga mendidih. sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat…
*     Ikan sepat masin kalau jenis kecil kena masukan kemudian… kalau masukkan awal boleh cepat hancur…
**   Jangan masukkan garam terlebih dahulu…. sebab ikan pun dah masin…. rasa dulu kuahnya… kalau kurang masin baru masukkkan garam. kalau dah masin tak perlu letak garam..
*** kalau nak tumis dulu bahan kisar pun boleh… tapi saya suka tidak di tumis kerana dah ada santan….

potretkasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...