Sabtu, 29 September 2012

Definisi Kecantikan Wanita Mengikut Kaum

Kecantikan membawa pengertian yang sangat luas. Semua manusia sukakan kecantikan. Pandangan mengenai kecantikan berbeza mengikut tempat, adat dan budaya. Berikut merupakan 5 tradisi unik yang membawa maksud kecantikan yang pelbagai.

1. Wanita Mursi, Ethiopia

Wanita suku kaum Mursi terkenal dengan tradisi meletakkan piring tanah liat di bawah bibir mereka. Gadis Mursi akan bertindik di bibir seawal usia 15 tahun. Piring akan diletakkan di tempat yang ditindik secara berperingkat. Bagi suku kaum Mursi, tindikan tersebut adalah simbol kecantikan, kebanggaan dan kematangan seksual.







2. Wanita Kayan, Thailand



Suku Kayan yang tinggal di sempadan Burma dan Thailand pula terkenal dengan ritual memanjangkan leher. Kecantikan seorang wanita diukur dengan jumlah cincin berwarna kuning yang dipakai di leher. Ritual ini diamalkan oleh kaum wanita Kayan sejak mereka berusia 5 tahun. Cincin tersebut akan ditambah saban tahun sehingga menyebabkan leher mereka lebih panjang dari biasa.

3. Wanita Masai, Kenya

Cantik bagi suku kaum Masai terletak pada telinga. Wanita Masai biasanya akan menindik telinga dengan menggunakan duri, ranting, batu atau gading gajah dan memakai manik-manik panjang yang mencecah leher. Selain itu, wanita Masai juga mencukur rambut dan mencabut dua batang gigi hadapan.

4. Wanita Mauritania

Berbeza dengan definisi kecantikan barat, masyarakat Mauritania memandang wanita gemuk dan berisi sebagai cantik. Memiliki anak perempuan yang gemuk adalah impian semua ibubapa di Mauritania sehingga menyebabkan mereka memberi anak perempuan minum susu unta atau lembu dalam kuantiti yang banyak. Anak-anak perempuan Mauritania mula minum susu dalam kuantiti yang banyak setiap hari sejak mereka berusia 5 tahun. Bagi masyarakat Mauritania, wanita gemuk lebih sihat dan mampu memberi keturunan yang banyak.

5. Wanita Maori, New Zealand


Masyarakat peribumi New Zealand percaya bahawa ritual tatoo begitu suci. Wanita akan kelihatan lebih cantik seandainya mereka memiliki tatoo di bibir dan dagu. Wanita berbibir biru dianggap paling cantik dan diidamkan oleh lelaki Maori.
myaxander.blogspot.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...