Selasa, 13 November 2012

Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Kawal Nafsu

Perumpamaan ini adalah berkaitan dengan Cara Berkesan Bagaimana Untuk MENGAWAL NAFSU!
nafsu yang menipu
Begini perumpaan itu…

Ketahuilah saudara semua…
  • Hati itu umpama RAJA
  • Badan itu umpama NEGARA dan RAKYAT JELATA
  • Mulut itu pula adalah SENJATA
  • Dan mata itu adalah umpama PERISAI nya




Sedarlah bahawa…
Kalau PERISAI itu sudah musnah (bermaksud mata itu tak dijaga…tak menundukkan pandangan)
Maka RAJA akan terbunuh (iaitu hati akan akan ikut nafsu).
Dan bila raja terbunuh, maka seluruh RAKYAT akan kucar-kacir (iaitu anggota badan akan mudah melakukan pelbagai maksiat kepada Allah) dan akhirnya NEGARA akan hancur musnah.
Musibah dan mala petaka berlaku, asalnya kerana kelemahan PERISAI yang tidak dijaga.
Oleh itu saudara, kuatkanlah PERISAI yang ada. Kalau betul anda sayangkan raja dan negara, perkukuhkan PERISAI dan manfaatkan SENJATA.
Tundukkanlah pandangan. Jagalah mata.
Jangan kau pandang perkara-perkara maksiat dan dosa. Jangan kau musnahkan perisai yang ada.
Sebab, apabila perisai itu sudah musnah. Raja akan terbunuh. Rakyat akan merana. Tika itu tiada lagi keamanan buat selamanya.
Ada pembaca blog ini bertanya kepada asya, apakah cara berkesan untuk melawan nafsu kita?
Nah, entri inilah jawapan saya…
  • Kuatkanlah PERISAI yang ada!
  • Jagalah pandangan mata!
Pandangan mata, adalah kunci untuk mengawal nafsu.
Apabila mata melihat, hati mula berbicara :
“Saya mahu kepadanya…”
Mulut pula memainkan peranannya. Mulut berbicara :
“Ohh alangkah nikmatnya, kalau dapat memilikinya…”
Dan akhirnya, kita kalah kepada nafsu yang menggila….

Kalau orang perempuan, pergi pasar atau shopping complex contohnya.

Tengok beg tangan, nak beg tangan. Tengok kasut, nak kasut. Tengok tudung, nak tudung. Tengok rantai emas, nak emas. Habis semuanya dia nak. Sedangkan, dia sudah pun memiliki kesemuanya itu. Mengapa dia nak lagi?

Sebabnya, dia tak jaga PERISAInya. Dia tak jaga pandangan matanya…

Perisainya sudah musnah. Hatinya sudah punah. Yang tinggal, nafsu membelinya sudah bermaharajalela….
Samalah juga halnya dengan golongan lelaki. Apabila matanya tidak dijaga. Dia pandang ikut sedap matanya.
Apabila tengok awek seksi, dia tenung dalam-dalam. Mata melihat, hati mula membayang.

Kalau dia tak perkukuhkan perisai (jaga matanya), akhirnya dia pasti akan tewas dengan nafsunya.
Sahabat semua… Ayuh mari perkuatkan perisai kita. Kita jaga pandangan mata.

InsyaAllah, kita pasti mampu mengawal nafsu yang menggila. Mujahadahlah untuk menjadi hamba yang sentiasa taat kepadaNYA…
pakarhowto fanpage

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...