Petua Menghilangkan Benjol
Kalau ada kesempatan ambil 2-3 helai daun
sirih dan sapukan sedikit minyak masak. Lepas tu layurkan daun sirih
tadi di atas nyalaan api. Bila dah terasa panas tekapkan ia pada tempat
yang berbenjol. InsyaAllah, ia akan surut secara perlahan-lahan.
Petua Merawat Benjol
Ambil asam jawa (kalu takde asam jawa, asam keping pun kira okey lah..). Campurkan asam jawa tu dengan sedikit air bersama sedikit garam dan gaulkan.
Kemudian lumurkan campuran tu pada tempat yang bengkak tadi. Dalam 15
minit, benjol atau bengkak tu akan segera sembuh. InsyaAllah.
Petua Hilangkan Benjol
Kalau tak dapat cari bahan-bahan di atas, boleh pakai lagi satu petua yang lebih mudah. Gunakan ais ketul.
Seeloknya masukkan dahulu ketulan ais tu dalam beg plastik, ikat dengan kemas. Lepas tu balut pula dengan kain atau tuala nipis supaya tak terlalu basah.
Kaedah menekap tempat yang cedera dengan ‘ice pack’ atau ketulan ais,
tak kisah ler samada cedera sampai luka atau setakat lebam atau bengkak
jer, memang selalu dipraktikkan oleh pasukan perubatan cemas. Sesiapa
yang sering menonton sukan kat t.v tu tentu perasan benda nie.
Malah, kebanyakan doktor akan menyarankan
kaedah meletakkan ais di tempat yang bengkak tu berbanding cara tuam
dengan kain panas. Sebabnya, ais akan membantu mengecutkan saluran darah, manakala cara tuam ngan kain panas akan membuka saluran darah.
Melayukini.net -
Usah risau jika kepala anda benjol di kepala kerana ia hanyalah simptom
sementara sahaja. Namun jika rasa sakit itu berpanjangan, eloklah
berjumpa dengan doktor pakar, bimbang jika terdapat pendarahan dalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan