Golongan lelaki kini berpeluang membeli 'Taj
Mahal' dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta
sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz
Mahal.
Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai
kira-kira 35 tenaga kerja di sini, menghasilkan sebuah replika bangunan
Taj Mahal setinggi 106 sentimeter.
Replika bangunan ikonik itu dibina daripada 20 kilogram emas, 400 kilogram perak dan dihiasi dengan lapan butir berlian.
Menurut ketua kumpulan tersebut, Syed Hanif, sebanyak 25 kubah Taj
Mahal dihasilkan daripada emas, manakala 20,000 kepingan perak dijadikan
lantai bangunan tersebut.
Syed berkata, sebanyak 32 pintunya turut diperbuat daripada emas,
selain seorang ulama ditugaskan untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran yang
dihiaskan pada replika bangunan abad ke-16 itu dihasilkan dengan teliti
dan tepat.
"Saya merupakan seorang pekerja biasa yang hanya menerima upah
sebanyak 11 pound (RM53) sehari sewaktu pertama kali melihat Taj Mahal.
"Sejak dari itu, saya menjadi taksub akan bangunan ikonik tersebut
dan bercita-cita menghasilkan replikanya yang diperbuat daripada emas,"
kata pemilik syarikat barangan kemas Star Gems itu.
Bagi merealisasikan impiannya, usahawan berusia 50 tahun itu
mengarahkan sekumpulan pekerjanya untuk meneliti setiap sudut Taj Mahal
bagi menghasilkan replika yang benar-benar serupa.
"Kami mengambil beribu-ribu keping gambar Taj Mahal untuk membuat
lakaran pembinaan replika."Biarpun menelan belanja yang banyak untuk
menghasilkannya, saya
bercadang untuk menjual replika tersebut pada harga sekurang-kurangnya
11.5 juta pound (RM55.2 juta)," ujarnya.
[utusan]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan