Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah dipanggil mengumpat.
Selalunya orang akan bercakap begini:
"Aku bukan nak mengata ... tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia.."
"Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
"Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan..."
Pokok pangkalnya mengata jugak namanya. Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain.
Apakah itu rahsia?
Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedapdan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.
Petua Mengelak Mengumpat
Ibnu Abbas pernah berpesan -
1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri
2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.
3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:
“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.” 4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.
IMPLIKASI atau PADAH akibat Mengumpat
i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.
ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.
iii. Perpecahan ummah.
KENAPA SESETENGAH ORANG SUKA MENGUMPAT?
a. Ingin Melenyapkan Kemarahan - Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.
b. Kemegahan Diri – Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.
c. Dengki - Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang (capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.
d. Saja Suka-Suka – Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa. Selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.
e. Menghina Orang - Iaitu menganggap hina, rendah/lemah terhadap orang lain. Ini disebabkan kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh

mylovely-fieda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan