Ahad, 11 Mac 2012

5 cara kreatif guna semula barang dalam rumah

Selamat sejahtera. Rasanya hari ahad amat sinonim untuk mereka yang bekerja sebab biasanya hari ahad adalah hari cuti untuk mereka keluar bersantai dan beristirehat di rumah. Memandangkan mungkin ramai menghabiskan masa berehat di rumah. So, hari ni KK nak kongsikan beberapa cara kreatif dan menarik untuk guna semula beberapa barang yang biasa terdapat dalam rumah kita.

1. PENGEDAP/SEALER BUNGKUSAN ROTI


 
 


Benda biasa yang kita buang bila buka bungkusan roti GARDENIA atau HIGH 5 atau MASSIMO. So, daripada korang buang macam tu je, lagi bagus korang simpan. Untuk apa?

Pernah tak selipar korang yang rosak dan tercabut tangkai? Kalau ada, korang masukkan semula tangkai selipar ke dalam lubang asalnye. Kemudian, selitkan pengedap/sealer bungkusan roti tadi pada hujung tangkai selipar tadi. Kalau korang risau patah, selitkan beberapa lagi pengedap/sealer pada tangkai tersebut.


Kes kali ni biasa terjadi pada pengumpul gadget atau pada ruang kerja yang banyak menggunakan alat elektrik dan elektronik. Penggunaan extension untuk pemasangan alat elektrik yang banyak mungkin biasa bagi kita tapi pernah tak korang rasa leceh nak tutup suis bila warna atau bentuk setiap kepala wayar agak sama? Kalau ya, korang cuma perlu kategorikan pengedap/sealer bungkusan roti tadi menggunakan pen maker yang cerah dan berwarna-warni. Kemudian, selitkan pada hujung kepala wayar mengikut jenis wayar. Lepas ni tak perlulah korang bersusah payah nak track back wayar tu untuk apa kalau nak tutup suis.

2. KETULAN AIS KETIKA BERSANTAI/MAJLIS

Suka minum air sejuk? Suka letak ais dalam minuman? Pernah tak korang buat air Milo tapi bila letak ais dan ais tu mencair buat air Milo tu jadi tawar? Kalau ya, cuba tips ni. Sekiranya korang suka minum air kordial yang sejuk, jangan lupa bekukan sedikit bancuhan kordial bergula. So, bila nak minum korang cuma perlu masukkan ketulan ais kordial tadi. Bila ais tu mencair, tak ada la tawar sangat.

3. SIMPAN KEKACANG/BAHAN DAPUR KERING DALAM PLASTIK

Sesuai untuk para ibu dan wanita. Pernah tak korang alami leceh nak simpan kekacang atau bahan dapur kering seperti lada, gula dan sebagainya (kuantiti sedikit) dalam balang? Kalau ya, mudah je. Korang masukkan bahan-bahan tadi ke dalam plastik yang sederhana besar. Kemudian, korang potong kepala botol yang tak digunakan lagi. Pastikan kepala botol tu masih mempunyai pasangan penutupnya. Masukkan muncung plastik melepas lobang kepala botol tadi. Tarik keluar dan tutup lubang tersebut menggunakan penutul botol tadi. Jimat ruang, balang pun boleh digunakan untuk kegunaan lain.

4. BUKA SIMPULAN MATI PADA PLASTIK

Pernah nak buka simpulan plastik yang diikat mati? Cuba buka tapi terkoyak? Caranya mudah. Ambil hujung simpulan yang diikat mati tadi dan pintal sehingga tidak boleh dipintal lagi. Kemudian, perlahan-lahan tolak keluar melalui ruang simpulan yang diikat mati tadi. Pasti lepas ni tak koyak lagi.


5. MENDIDIH DAN MELIMPAH

Pernah merebus sesuatu atau masak bubur? Kekadang risau bila nak tinggalkan periuk yang sedang mendidih, risau air dan buihnya akan melimpah keluar dari periuk. Apa yang korang perlukan cuma ambil seduk atau apa-apa batang kayu yang bersih dan letakkan secara melintang di atas mulut periuk. Lepas ni, korang tak perlulah bertongkat dagu depan periuk tu~
 
kamikongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...