Motosikal terbang itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh diterbangkan pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam. Satu tangki minyak petrol penuh akan membolehkan motosikal terbang itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.
Chris Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanja besar iaitu sebanyak AS$223.51 (RM681.03) seminggu.
Chris Malloy berkata lagi, prinsip asas motosikal terbang itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa. Setakat ini, tali diikat pada motosikal terbang itu dibuat semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi dan boleh membahayakan keselamatan kerana masih dalam prototype. – Agensi
P/S : Memang satu rekaan yang harus diberikan pujian..mungkin ni cara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas satu masa nanti.
nizarazu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan