Selasa, 17 Julai 2012

Petua Moden Menghilangkan Bau Hanyir

    Suatu pagi anda sedang menyiang ikan di dapur. Seperti biasa tiada siapa yang menolong anda dan tangan anda bergelumang dengan sisik dan lendir ikan tersebut. Tiba-tiba anda terdengar ketukan pintu depan rumah anda lalu anda bergegas meninjau ke lubang pintu. Nampaknya rakan anda datang ke rumah dan ia benar-benar tidak kena pada waktunya di mana ikan belum habis disiang dan tangan anda opppsss.. berbau hanyir. 
 
 
 
 
 

    Anda pun terus menyental tangan menggunakan sabun namun bau hanyir tetap tidak hilang. Lalu anda teringat petua yang ibu anda yang kerap menggunakan asam dan garam bagi menghilangkan hanyir bau ikan pada tangan, tetapi malangnya garam yang anda cari dah jumpa tetapi asam ghaib entah ke mana.

    Jangan risau kerana anda ada satu lagi produk kecemasan bagi menghilangkan bau hanyir ikan yang saya yakin setiap orang dewasa memilikinya (mungkin ada juga yang meminjam...). Apa yang anda perlu lakukan ialah masuk ke bilik dan ambil pewangi deodorant (pewangi ketiak) dan sapukan pada tangan anda. Gosok kedua-dua telapak, belakang tangan dan celah jari kerana celah jari adalah tempat simpanan bau tangan yang sering kita terlepas pandang.


    Namun anda perlu berhati-hati dengan kandungan Aluminium Chlorohydrate (sering terkandung pada anti-pepeluhan) yang terkandung di dalamnya boleh memberi impak kurang baik terhadap kesihatan anda. Oleh itu anda seharusnya membasuh semula tangan anda menggunakan sabun sebelum menyambung tugasan anda menyiang ikan yang anda tinggalkan tadi.

Renung-Renungkan:  Semua penyakit ada ubatnya dan semua masalah ada jalan penyelesaiannya.  Yang penting bagi kita adalah berfikir, berusaha dan berdoa agar diberi petunjuk olehNya
skjerambatu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...