Selasa, 17 Julai 2012

Resepi - Jeli Kelapa?.. hmmmm lazatnya..


    Jeli kelapa kian popular di kalangan masyarakat kerana rasanya yang enak dan segar terutamanya bila dimakan ketika sejuk.  Namun harganya di pasaran juga agak semakin meningkat sehingga mencecah RM1.50 secawan (ada sesetengah tempat RM2.00).  

    Ia merupakan produk inovasi hasil kreativiti yang dipercayai berasal dari Thailand.  Ia merupakan salah satu produk tambah nilai yang berjaya dan meningkatkan permintaan terhadap buah kelapa muda.
 
 
 
 
 
 
 
 

    Ramai guru-guru yang berminat untuk membuatnya tetapi tertanya-tanya bagaimanakah caranya membuat jeli ini.  Berikut merupakan cara membuatnya dan anda boleh mencuba sendiri di rumah.

Bahan-Bahan

1. Air kelapa muda (3 biji kelapa.  Nak sedap guna kelapa matak atau kelapa mawar)

2. Air sama banyak dengan air kelapa tadi

3. Gula 1 1/2 cawan (sukat guna bekas jeli yang dalam gambar)

4. Agar-agar serbuk 2 sudu ( agar-agar jernih tanpa warna dan mestinya yang halal)

5. sedikit gula batu dan buah kundur kering ( supaya jeli jernih )



Cara-Caranya

- Masak semua bahan tadi sehingga mendidih

- ambil isi kelapa muda tadi dan masukkan dalam cawan agar-agar (boleh dapat 20 cawan)

-Tuangkan jeli yang dah masak ke dalam cawan dan sejukkan.

Selamat mencuba.

 ustazahlina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...