Anda suka menggunakan stok ayam atau Stok Tulang dalam masakan? Anda ragu-ragu dengan sumber-sumber stok masakan yang ada di pasaran? Dari mana, bagaimana haiwan itu disembelih dan siapa yang menyediakannya menjadi tanda tanya. Jika anda ragu-ragu atau syubhah, apakata buat sendiri air stok masakan anda. Hidup tanpa makanan HARAM dan Syubhah adalah lebih menyakinkan.
Resepi Penyediaan Air Stok Masakan
Bahan-bahannya :
Tulang Ayam / tulang Lembu / Leher atau Kaki Ayam
Air secukupnya
Halia 2 inci diketuk-ketuk
2 biji bawang besar dipotong 4
2 ulas bawang putih dimayam
Kayu manis 2
Buah pelaga 3
2 sudu garam
2 biji Tomato di potong 6
2-4 biji kentang potong 4
4 helai Daun bay.
2 batang parsley dipotong sejengkal.
Akar-akar : seperti akar daun ketumbar, akar daun pudina, akar daun sup dibasuh bersih
Kulit carot yang dikupas.
3 sudu serbuk lada putih/ lada hitam.
Cara Penyediaan :
Semua bahan di atas di rebus. Tapis semua bahan dan ambil airnya sahaja. Guna untuk memasak atau disimpan di dalam freezer. Sebaik-baiknya direbus dengan api yang kecil 5 jam. Jika anda ingin simpan lama di dalam freezer, bungkus 1 plastik 1 plastik. Senang bila nak guna keluarkan sahaja dan panaskan. Boleh juga direbus hanya sejam sekiranya ingin terus digunakan.
Puas Hati, Berkhasiat, Jimat Lagi Berkat..
Sumber: Ustazah Wan Habsah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan