Rabu, 12 September 2012

Helmet Yang Boleh Di Lipat

Topi keledar atau helmet sememangnya penting untuk keselamatan diri mereka yang menunggang motorsikal atau pun basikal..Walaubagaimana pun, disebabkan saiz helmet yang terlalu besar, ia menyukarkan mereka untuk menyimpan helmet tersebut dan lebih malang lagi, helmet tersebut mungkin boleh dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..Dengan itu, sebuah pihak telah mengambil inisiatif ini untuk mereka bentuk sebuah helmet yang boleh di lipat dan memudahkan ia disimpan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


 
 
 
 
 

Topi keledar boleh dilipat yang telah direka oleh Carrera ini merupakan satu revolusi untuk keselamatan diri penunggang basikal di dalam bandar. Reka bentuk topi keledar ini telah di ilhamkan oleh sebuah topi keledar pistards tua yang dibuat daripada kulit. 

Ia mempunyai bingkai yang sangat fleksibel dan mampu memberikan keselesaan terbaik kepada pengguna. Dengan tiada kompromi tentang keselamatan, anda mampu mendapatkan kesesuaian apabila memakainya hasil daripada pemasangan sistem anjal.

Topi keledar ini boleh digunakan dalam apa jua keadaan pada basikal dan boleh dilipat serta disimpan di dalam beg apabila anda tidak mahu menggunakannya. Tahap tertinggi untuk keselamatan standard topi keledar ini adalah dijamin.

 
 
 
 
 
 

p/s: Bagi sesiapa yang berminat nak beli helmet ni, boleh la tengok kat sini
 - Carrera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...