Buat Kerabu ni tak susah senang jer.. boleh buat hari ini untuk makan tengahari diikuti dengan ikan bakar cicah air asam pasti habis seperiuk nasi tu........... Jom layan resepi kerabu ni.
Resepinya:-
Jantung pisang - Sebiji ( Potong 4 dan di rebus, rebus jangan terlalu empuk nanti lembik )
Kelapa parut - 1 biji ( kalau besar separuh) - digoreng
Ikan ( Selar/Sardin ) - 6 Ekor/4 ekor bergantung pada size ( Dikukus + asam keping + garam )
Bawang merah (kecil ) - 8 ulas ( ditumbuk)
Lada hitam- 10-15 biji ( ditumbuk)
Serai- 2-3 Batang ( Dimayang halus )
Gula + garam: secukup rasa.
Langkah-langkah :-
Jantung pisang dah masak dimayang halus.
Ikan dibuang tulang, ditumbuk/ Blender
Tumbuk Bawang + Lada Hitam+ Gula + Garam.
Gaul semua bahan dengan kelapa yang dah digoreng tadi. Masukkan serai yang dimayang tadi. Gaul rasa cukup tak garam + gula..dah siap.
Senangkan?
Nota: nak sedap lagi campurkan kacang panjang sekali, tapi potong nipis-nipis.,
kualigantung
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan