Sabtu, 8 September 2012

Subhanallah! Ikan Pelik Berenang Terbalik

Ikan pelik yangberenang terbalik ini namanya Synodontis. Ikan Synodontis merupakan sejenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari daerahSungai Nil di Benua Afrika. Ikan aneh ini termasuk dalamkelompok catfish (keluarga ikan keli) dari keluarga Mochokidae. Nama Synodontis berasal dari bahasa Yunani, iaitu syn bererti bersama dan odon bererti gigi kerana ikan Synodontis hidup berkelompok dalam koloninya dan memilikigigi-gigi mandibular.

Ikan Synodontis mempunyai sirip dorsal tegak yang indah dan menjulur panjang sehingga sering dinamakan featherfin catfish.Ikan Synodontis juga mempunyai keunikan iaitu dapat berenang dengan posisi tubuh terbalik. Memandangkan keunikannya ini ikan Synodontis mempunyai daya tarik dan menjadi buruan parapenggemar ikan hias. Ikan pelik ini memakan beberapa hidupan alam seperti cacing, larva nyamuk dan pakan buatan (pellet). Jom kita tengok gambar ikan pelik yang bernama ikan Synodontis ni.











 
penpatah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...