Mempelajari bahasa asing memang bukan
hal yang mudah. Ada huruf yang berbeza, susunan kata yang tidak biasa,
sampai pengucapan kata yang asing di lidah.
Menurut kajian, seseorang paling mudah
mempelajari bahasa dengan susunan kata dan pengucapan yang mirip dengan
bahasa sehari-harinya. Masing-masing bahasa mempunyai kesulitan yang
berbeza.Berikut lima bahasa yang paling sukar dipelajari seperti dikutip
dari thirdage.
1. China
Bahasa China dianggap sukar dipelajari
kerana sangat menekankan pada intonasi. Penekanan intonasi yang berbeza
boleh membuat erti kata yang diucapkan sangat berbeza. Tak hanya itu,
ribuan huruf China yang sukar dan rumit membuat bahasa yang cukup
popular di dunia tersebut makin susah untuk dipelajari.
2. Arab
Untuk orang Eropah, bahasa Arab
mempunyai persamaan yang sangat sedikit dengan bahasa mereka.Membaca
tulisan dalam bahasa Arab juga dianggap agak sukar kerana pengucapan
vokal yang agak berbeza dengan bahasa Inggeris. Sama seperti bahasa
Cina, huruf-huruf Arab juga menjadi salah satu kesulitan jika ingin
cepat mempelajari bahasa ini. Perubahan bentuk huruf dalam kalimat yang
berbeza ketika suatu huruf digabungkan juga membuat belajar bahasa Arab
lebih mencabar.
3. Jepun
Lagi-lagi bahasa dengan huruf yang rumit
masuk dalam senarai ini. Jepun, seperti sudah banyak diketahui
mempunyai ribuan karakter dengan sifat yang berbeza. Selain ribuan
karakter, ada tiga cara penulisan dan dua jenis senarai suku kata
membuat orang harus mempunyai ingatan yang kuat ketika mempelajari
bahasa Jepun.
4. Korea
Struktur kata, pemahaman kalimat, dan
konjugasi kata kerja yang berbeza membuat bahasa Korea bukan bahasa yang
mudah diserap. Selain struktur penggunaan kata, huruf-huruf Korea yang
tak kalah rumit juga membuat bahasa asal bintang K-Pop tersebut sukar
dipelajari dengan cepat.
5. Hungaria
Bahasa Hungary dianggap sukar dipelajari
kerana tidak mempunyai persamaan atau rumpun yang sama dengan bahasa
apa-apa pun. Tidak seperti bahasa Melayu (MALAYSIA) yang mempunyai
beberapa persamaan dengan bahasa Indonesia, bahasa Hungary tidak mirip
dengan bahasa apa-apa pun. Kerana itu seseorang harus bermula dari sifar
untuk mempelajarinya.
Kesulitan lain ketika mempelajari bahasa
Hungary adalah bahasa ini memiliki sifat kata untuk penyebutan feminin,
maskulin, dan neutral gender. Selain itu, 7 konjugasi yang berbeza juga
membuat bahasa negara yang terletak di benua Eropah tersebut makin
rumit untuk segera difahami.
http://abusyahirah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan