Peter Sanders(Abd al-Adheem) - Jurugambar Kelas Dunia |
"Menurut Peter Sanders, fotografi mengenalkan Islam kepada Barat. Beliau
adalah jurugambar kelas dunia yang juga merupakan pemilik Peter Sanders
Photography Library.
“Masyarakat Barat banyak tidak tahu dan tidak mengenal Islam secara benar,” kata Sanders.
Berikutan peristiwa 11 September 2001, dari situlah barat mengetahui Islam yang sebenarnya secara lebih mendalam, termasuk melalui hasil karya seni juga fotografi, sebagaimana yang dihasilkan Sanders.
“Masyarakat Barat banyak tidak tahu dan tidak mengenal Islam secara benar,” kata Sanders.
Berikutan peristiwa 11 September 2001, dari situlah barat mengetahui Islam yang sebenarnya secara lebih mendalam, termasuk melalui hasil karya seni juga fotografi, sebagaimana yang dihasilkan Sanders.
“Hasil fotografi yang indah akan lebih cepat memperkenalkan Islam kepada Barat,” demikian menurut Sanders lagi.
Sebagai salah seorang jurugambar legenda dan ternama, Sanders tergolong unik, kerana tidak pernah menuntut ilmu khusus pendidikan fotografi, sebagaimana umumnya para jurugambar profesional.
Sanders hanya belajar fotografi secara biasa-biasa dan mengaku terjun ke dunia fotografi hanya menuruti kehendak hatinya.
Kerana ia tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran yang boleh dipercayai terutamanya untuk menampung hidup.
Segalanya bermula dengan hobi lantas beliau merasa bakal mampu bersaing di dunia fotografi walaupun tanpa mempunyai sijil yang khusus dalam bidang tersebut.
Sanders akrab dengan dunia fotografi lebih daripada 50 tahun lamanya. Namun, agama Islam, baru dikenalinya ketika ia melakukan perjalanan ke India pada tahun 1970.
Waktu itu, beliau sangat aktif dalam dunia fotografi dan sering mengambil gambar bintang-bintang muzik terkenal serta banyak mengambil gambar aksi pentas Bob Dylan, Jimi Hendrix, The Doors, The Who, atau Rolling Stones.
Namun, Sanders merasa kering. Tepu. Akhirnya persepsinya terhadap fotografi membawa beliau kepada sebuah perjalanan yang rumit. Hal itu membawanya mengembara ke India pada tahun 1970.
Di India, beliau mengenali Islam dan cuba mempelajarinya. Semakin lama, beliau semakin terpesona dengan keindahan Islam.
“Ketika itu, usia saya baru menginjak 24 tahun. Saya bertanya tentang mati. Apa kemudian yang terjadi pada diri kita setelah mati? Soalan itu terus menghantui saya . Saya pergi ke India. Saya belajar Agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam,” ungkapnya.
Saat berada di India, Sanders mengalami peristiwa yang amat berbekas di hatinya. Pada suatu pagi, ketika sedang menunggu kereta api di stesen yang penuh dengan orang dan hiruk pikuk kesesakannya, seorang ibu tua tiba-tiba menghamparkan tikar berhampiran dengannya.
Ibu tua tersebut lantas melakukan gerakan solat di situ. Hal ini mengejutkan Sanders. Kerana selama ini beliau memang belum pernah melihat orang solat.
Kemudian, Sanders bertanya kepada seorang anak muda yang berdiri berhampirannya,
“Ibu itu sedang buat apa ya?”
Anak muda tersebut menjawab,
“Itu nenek saya. Dia seorang Muslim dan ia sedang solat.”
Hinggalah kenangan tersebut terus melekat dalam ingatannya.
Setelah perjalanan ke India tersebut, Sanders kembali ke Inggeris dan mendapati teman-teman lamanya banyak yang terjerumus dalam dadah.
Namun, ada beberapa orang temannya yang menjadi Muslim dan terhindar daripada dunia dadah serta kehidupan malam.
Ketika itu, beliau berkata pada dirinya sendiri,
“Inilah jalan yang harus saya tempuh.”
Tidak memakan mahupun menunggu waktu yang lama, Sanders memutuskan masuk Islam dan menukar namanya menjadi Abd al-Adheem.
Mengapa Sanders masuk Islam?
Menurut beliau, tidak ada yang menariknya kepada agama yang dibawa Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam ini, selain yang menciptakan manusia.
“Allah yang telah memilihkan saya mengikuti agama yang benar ini,” katanya.
Setelah menjadi Muslim, Sanders tidak lagi merasa kering dan gersangnya hati. Sekarang Sanders sudah ‘pencen’ daripada dunia yang membesarkannya.
Tiga bulan setelah kembali kepada Islam, beliau berkesempatan menunaikan ibadah haji ke Makkah atas perbelanjaan seorang kenalannya.
Ketika menunaikan ibadah haji, Sanders mendapat kesempatan untuk mengambil gambar Kaabah dan lautan jamaah haji dari jarak dekat.
Pada tahun 1971, waktu itu masih dikatakan agak sukar untuk mengambil gambar di Makkah dan Kaabah khususnya serta lokasi lain di Arab Saudi. Namun, berkat kesungguhannya, beliau mendapatkan keizinan daripada orang yang tepat dan terpandang di Arab Saudi waktu itu.
http://www.suatuperjalananmaya.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan