Tangga Kenari 1,000 Tahun
Tangga Kenari 1,000 Tahun
You all tau tak di Malaysia ada tempat yang bernama Tangga Kenari 1,000 tahun.
Kalau dilihat pada nama pasti ramai yang menyangka Tangga Kenari ni dah
berusia 1000 tahun kan. Sebenarnya tidak tapi ada rahsia lain disebalik
nama ni.
Asal Nama Kenari
Pada yang tak tau Tangga Kenari 1,000 tahun ni terletak lebih kurang 3.4 km dari Pekan Yan Besar, kedah. Ianya berada di lokasi yang sama dengan Hutan Lipur Titi Hayun. Tangga konkrit yang dibina melalui denai hutan ini adalah cetusan idea Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah setelah melihat kejayaan pasukan Kedah menggungguli liga bola sepak malaysia pada ketika itu. Nama 'KENARI' adalah mengambil sempena nama pasukan bolasepak Hijau Kuning Kedah.
Tangga Kenari 1,000 Tahun
Tangga Kenari Untuk Pemain Tempatan
Biarpun pasukan Kedah beraksi cemerlang dalam skuad Liga Bolasepak Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid kurang bersetuju dengan kehadiran tiga pemain import didalam pasukan Kedah pada ketika itu. Beliau berhasrat menjadikan Tangga Kenari 1000 Tahun ini sebagai inisiatif awal untuk melatih anak-anak tempatan Kedah supaya dapat menguasai pasukan bolasepak Hijau Kuning Kenari dan tidak terlalu bergantung kepada tenaga pemain impot.
Tangga Kenari Punya 1,342 Takah
Projek pembinaan
tangga ini yang melalui lorong-lorong berliku dalam Hutan Simpan Gunung Jerai agak unik. Keseluruhan anak tangga yang berjumlah 1,342 takah dibina tanpa sedikit pun melibatkan proses penebangan pokok-pokok balak di
sepanjang laluan tersebut. Hebat dia orang kan!!!!
m yblogsantai.blogs
Tiada ulasan:
Catat Ulasan