Lesung pipit |
Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi. Ini
tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka.
Lesung pipit boleh muncul di kedua-dua belah pipi atau hanya di salah
satunya sahaja dan biasanya akan terlihat dengan jelas pada wajah
seseorang ketika mereka tersenyum, tertawa atau bercakap.
Sebab paling biasa terjadinya lesung pipit adalah kerana kecacatan pada otot muka - otot yang terhasil pendek.
Sedikit sebanyak menjelaskan mengapa lesung pipit pada muka tidak
sentiasa kelihatan apabila seseorang itu dalam keadaan rehat (pegun)
kerana ketika itu otot yang 'cacat' ini biasanya dalam keadaan asalnya
(pendek). Tindakan seperti senyum akan memaksa otot tadi bekerja
menyebabkan kulit muka tertarik dan lekukan akan kelihatan.
Sesetengah
kes, otot yang terhasil pendek ini boleh meregang perlahan-lahan
mengikut perubahan masa. Itulah sebabnya ada orang yang mempunyai lesung
pipit ketika mereka masih muda sahaja tetapi ia sudah tidak kelihatan
apabila mereka semakin berusia.
Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit, 25-50% kebarangkalian anak
yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka
mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada 50-100%. Ia merupakan 'kecacatan' yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing.
Lesung pipit/pipi dalam Bahasa Inggeris disebut dimple/+s juga boleh terbentuk pada bahagian badan yang lain, contohnya bahagian dagu dan punggung.
kongsakongsiJohn Travolta - ikon "lesung dagu" |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan