Rabu, 25 Disember 2013

Tips - Membentuk Tabiat Makan Untuk Anak


 
Kebanyakan anak yang sedang membesar memang berselera makan....
 

Ini mungkin menggembirakan hati ibubapa. Sungguhpun begitu, beberapa perkara mengenai tabiat makan perlu diberi perhatian; bukan sahaja untuk menjaga adab tetapi juga kesihatan mereka.
 


Anda tentu tidak mahu anak-anak mengalami masalah obesiti dan kesihatan lain yang mempunyai kaitan dengan makanan akibat tabiat makan mereka tidak dikawal. Antara yang anda boleh lakukan:
 
1. Melatih anak untuk makan perlahan-lahan, tidak gelojoh dan bersopan di meja makan.

2. Membiasakan anak dengan waktu makan yang betul, dan tidak makan pada waktu yang tidak sepatutnya. Contohnya pada tengah malam.

3.    Ingatkan anak-anak agar jangan makan terlalu banyak kerana jika terlalu kenyang, mereka mungkin akan memuntahkan kembali apa yang dimakan.

4. Perkenalkan anak kepada makanan yang berzat dan sihat. Terangkan  mengapa mereka perlu mengambil sesetengah makanan lebih berbanding yang lain. Anak-anak juga perlu tahu mengapa mereka perlu mengelak sesetengah makanan dan minuman. 
 
 
Lemak dan manis; memang digemari ramai, tetapi jika diambil berlebihan adakah makanan ini sihat?


Dalam penyediaan makanan anak pula, ibu bapa perlu memerhatikan beberapa perkara:

1. Makanan berlemak

Pengambilan lemak dalam kuantiti yang tidak dikawal bukan hanya boleh menyebabkan si kecil mengalami sakit perut, cirit-birit dan sembelit, tetapi juga masalah obesiti.  Contohnya makanan berkeju, mentega, susu penuh krim yang digemari kanak-kanak. Selain itu daging merah dan makanan bersantan juga perlu dikawal pengambilannya kerana mengandungi lemak.

2. Makanan manis dan masin

Kanak-kanak memang suka makanan dan minuman yang manis, tetapi jika terlalu banyak  boleh menjejaskan kesihatan gigi dan lebih menakutkan diabetes.

Bentuk tabiat pengambilan gula yang sihat sejak anak masih kecil, dengan melatih mereka mengambil makanan dan minuman yang kurang manis. Begitu juga dengan makanan yang mengandungi garam, pengam
saji online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...