BAHAN-BAHAN:
  • 250gm daging batang pinang | dihiris nipis
  • 30gm cili kering | dipotong 1 inci
 
 
BAHAN A:
  • 30gm bawang besar
  • 30gm lada benggala hijau
  • 30gm lada benggala merah
  • 30gm lobak merah
  • 30gm bawang merah
  • 10gm bawang putih
  • 10gm halia muda
 
 
BAHAN B:
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 2 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 2 sudu teh gula halus
  • 5gm tepung kentang
  • 250ml minyak masak
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Gaulkan daging bersama kicap cair, gula halus, tepung ubi, garam serta sedikit minyak masak. Gaulkan sebati dan biarkan perap seketika.
2. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap dan terus angkat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama cili kering dan halia hingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan kesemua bahan A dan gaulkan rata.
5. Apabila setengah masak, masukkan bahan B dan tambahkan sedikit air.
6. Biarkan masak seketika dan sedia dinikmati.