Pemenang Kategori Nature & Grand Prize: The Ice Bear
The Ice Bear oleh Paul Souders
Lokasi: Hudson Bay, Manitoba, Canada
Seekor beruang polar memerhati dari bawah lautan ais yang mencair di Teluk Hudson. Populaso beruang polar di Manitoba, kawasan yang paling selatan di dunia semakin terancam kerana iklim yang panas serta pengurangan lautan ais
Pemenang Kategori People: Together, Alone
Potret dua orang kembar seiras (Nils dan Emil, 15 tahun) di Fyn, Denmark adalah sebahagian daripada koleksi yang menggambarkan seseorang yang mempunyai pertalian yang kuat dengan seseorang yang lain dan juga yang sering memikirkan tentang “kami” dan bukannya “saya”.
Pemenang Kategori Places: Adam Tan (dari Malaysia)
Menyedari bandar lama (Laocheng, bermakna bandar lama dalam bahasa Cina) tidak lama lagi akan berubah menjadi sebuah bandar baru melalui pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat di China dan mungkin hilang kecantikkannya tidak lama lagi, saya gembira untuk menangkap gambar seorang ibu yang sedang berkerja dan membawa anaknya di dalam bakul. Dia berjalan melalui kabus tebal pada awal pagi, 2012.
Honorable Mentions
Honorable Mention Nature
Indian Rhino, Canadian Winter oleh Stephen De Lisle (Nature)Crows Nest oleh Yosuke Kashiwakura (Nature)
Menarik bukan? Bangga juga sebagai rakyat Malaysia kerana ada yang rakyat Malaysia yang menang pertandingan foto peringkat antarabangsa ini.
sumber: web national geographic via mymodernmet/ cisdel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan