Rabu, 25 Disember 2013

Ketenangan Jiwa di Antara Al Quran dan Sains

Para ilmuan telah banyak melakukan kajian untuk mengetahui rahsia disebalik perasaan tenang yang dirasakan manusia di saat mereka mengambil suatu keputusan tertentu atau yang disebut dengan 'ketenangan' ( ithmi'naan ).

Untuk maksud itu, mereka telah melakukan eksperimen melalui cara pembedahan dengan tujuan untuk mengetahui bahagian mana dari tubuh manusia yang mempunyai peranan bagi proses 'ketenangan' ini.

Dari kajian itu untuk sementara waktu ini, dapat dirumuskan bahawa pusat dari 'ketenangan' ini terdapat pada otak sebagai pusat bagi semua saraf yang berfungsi untuk mengawal semua proses penangkapan dan pengenalan isyarat yang masuk ke dalam tubuh.
 
 
 

Akan tetapi ketika dilakukan kajian dengan menggunakan bukti-bukti empirik , analisa darah dan hitungan besaran degupan jantung kemudian dilakukan perbandingan degupan jantung dalam pelbagai keadaan berikut :

1. Ketika manusia diam dan tidak berfikir untuk mengambil keputusan apa pun.

2. Ketika mengambil keputusan dan merasa senang kerananya.

3. Ketika mengambil keputusan dan merasakan kebimbangan atas akibat yang akan diterimanya.

4. Ketika mengambil keputusan di bawah tekanan jiwanya yang tidak normal.

Kajian empirik dan perbandingan antara berbagai keadaan di atas menunjukkan adanya perbezaan keadaan hati dilihat dari sudut fisiologi. Berdasarkan kajian di atas yang diperkuatkan juga oleh hasil pemerhatian keadaan biologi dari hati ketika merasakan kepuasan atas peristiwa yang menimpanya, para ilmuwan meyakini bahawa hatilah yang mempunyai tanggung jawab terbesar atas timbulnya perasaan tenang dan senang yang dirasakan manusia. Walaupun mekanisme timbulnya perasaan tenang itu belum diketahui secara pasti oleh para ahli.

Kerumitan kajian seperti yang tergambar di atas apabila kita bandingkan dengan apa yang kita dapatkan dalam Al-Quran, maka kita dapatkan bahawa Al-Quran dengan ringkas tetapi padat sejak 14 abad yang lalu telah menyatakan hal yang sama dengan hasil kajian di atas.

Dalam surah Ar - Rad ayat 28 Allah SWT berfirman:

" Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah - lah , hati menjadi tenteram."

Sebagaimana dalam surah Al-Baqarah ayat 260 , Allah SWT berfirman :

" Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata : " Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku, bagaimana Engkau menghidupkan orang mati? " Allah berfirman : "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab : "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). "

detik islam
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...