Mesin
pengorek terowong sudah wujud sejak tahun 1845. Ianya digunakan bagi
mengorek terowong keretapi Frejus di Itali. Sejak itu mesin pengorek
terowong ataupun TBM digunakan dalam pelbagai projek mega seperti
penggalian Channel Tunnel di bawah Selat Inggeris dan terowong SMART di
Kuala Lumpur.
TBM
terbesar di dunia kini digunakan bagi membina terowong bawah tanah di
Seattle USA. Sebuah terowong dibina untuk menggantikan lebuhraya
bertingkat yang sudah berusia lebih 50 tahun. Terowong bawah tanah
sepanjang 3.2 kilometer yang sedang dikorek itu dijangka akan siap pada
tahun 2015 dengan kos pembinaan USD 4.25 Billion (RM 13.95 Billion).
TBM
sepanjang 99.3 meter, 17.5 meter lebar dan seberat 7000 tan ini digelar
Big Bertha, sempena nama salah seorang Datuk Bandar Seattle. Big Bertha
dibina oleh syarikat Jepun, Hitachi Zosen dan ianya diperkasakan dengan
enjin 25 000 kuasa kuda dan mampu mengorek terowong sepanjang 10 meter
sehari. Terowong bawah tanah yang dikorek oleh Big Bertha itu mampu
memuatkan 4 lorong kenderaan di atas 2 lantai bertingkat.
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan