Ahad, 29 Disember 2013

Info -Rahsia Ceria Di Tempat Kerja

Anda bosan untuk pergi ke tempat kerja setiap hari di waktu pagi atau anda rasa sudah terlalu lama makan gaji dan sudah sampai masanya bekerja sendiri atau mungkin juga anda tidak berpuashati dengan pekerjaan anda sekarang! Anda patut mempelajari teknik rahsia bagaimana ceria di tempat kerja. Ikuti langkah-langkah berikut.
  • Pastikan waktu tidur anda mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam dan jangan kurang dari 5 jam.

  • Bangun seawal pagi dan mandi seawal yang boleh untuk mendapatkan kesegaran di hari baru. Digalakkan mandi dengan air suam. Gunakan sabun mandi yang mempunyai keharuman yang menyegarkan 



  • Rancang apa yang patut di buat untuk keesokkan harinya. Periksa diari anda atau catatkan apa yang patut dibuat. Ini dapat mengelakkan dari pembaziran masa waktu bekerja dan tiada kerja-kerja yang tertangguh.

  • Pakai pakaian yang bersesuaian ke tempat kerja. Ini kerana dari segi psikologi berpakaian kemas dan menarik akan membuatkan anda pada hari tersebut lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi untuk ke tempat kerja.

  • Cuba sampai ke tempat kerja setengah jam lebih awal atau paling lambat 10 minit sebelum waktu kerja bermula. Keadaan tergesa-gesa ke tempat kerja akan menjadikan prestasi kerja anda hari itu berada di tahap minima dan anda mungkin tidak akan merasai kenikmatan hari berkerja tersebut.

  • Sekiranya anda seorang muslim lebih elok anda mulakan dengan memberi salam bila berjumpa dengan rakan sekerja pada hari tersebut atau bagi orang bukan muslim ucapkanlah selamat pagi. Tidak kira dengan siapa anda berjumpa sapalah mereka.

  • Lemparkanlah senyuman pada teman sekerja. 98% senyuman anda akan di balas oleh mereka.

  • Elakkan dari perkara-perkara negatif samada bercerita mengenai isu-isu semasa pejabat atau suka mengumpat atau memfitnah. Perkara sebegini akan membuatkan anda pada hari itu cenderung ke arah kemalasan atau kelesuan.

  • Elakkan dari bercakap sewaktu mesyuarat staf diadakan. Sekiranya anda ingin bercakap juga bersuaralah pada perkara-perkara positif sahaja atau luahkan jika anda ada cadangan atau jalan penyelesaian bagi masalah-masalah semasa yang timbul.

  • Perkara paling penting, pastikan ruang tempat anda bekerja sentiasa bersih, kemas dan teratur. Pastikan fail-fail di susun dengan sempurna di tempat yang disediakan. Ini dapat membangkitkan lagi semangat untuk anda bekerja pada hari tersebut

  • Cuba pecahkan perkara-perkara yang perlu anda lakukan kepada pecahan yang lebih kecil. Ini dapat menyenangkan lagi anda untuk menyelesaikan masalah yang timbul satu per satu.

  • Jangan membuang masa dengan membaca email-email spam yang tidak diperlukan. Ini akan membuatkan masa anda waktu tersebut terbiar dan akan menambahkan lagi tekanan dalam diri anda untuk menyiapkan kerja

  • Jangan melanggar dasar-dasar atau peraturan-peraturan di tempat kerja. Jangan pula sampai anda tertangkap di tempat kerja kerana mencuri aset pejabat. Rasa takut dan bersalah akan membuatkan anda tidak gembira di tempat kerja.

  • Berbangga dengan hasil kerja anda yang telah siap. Dokumen kerja yang baik akan mendapat kepujian dari rakan sekerja atau pihak pengurusan. Semua manusia suka dipuji dan dihargai. Jadi lakukan kerja anda dari sekarang dengan begitu tenang dan teratur.

  • Hormatilah dan layanlah pelanggan anda dengan baik. Ucapkanlah kata-kata yang sopan dan jujur. Beri bantuan kepada mereka dengan seboleh yang mungkin. Secara tidak sedar pelanggan anda ini akan mengucapkan terima kasih dalam kepelbagian bentuk.

  • Berhati-hati dengan gaya bahasa badan anda. Bila anda sedang bercakap dengan rakan sekerja atau pelanggan anda, jangan sesekali meletakkan tangan anda di dada. Bukan sahaja anda menghantar isyarat yang salah tetapi juga akan menyekat keupayaan anda yang sebenarnya untuk berkomunikasi secara terbuka dengan mereka.

  • Pastikan waktu bekerja anda berbaloi dan berpuashati. Walaupun pada masa yang sama anda sedang mencari kerja di tempat lain tapi harus di ingat, pihak pengurusanlah yang akan mengeluarkan surat rujukan mengenai prestasi kerja anda di tempat mereka. Jika kerja anda siap sepenuhnya, komited dengan kerja, berdisplin dan mengikut arahan tidak mustahil pihak majikan anda mengeluarkan kenyataan yang positif mengenai diri anda dan ianya boleh dijadikan rujukan bagi pihak majikan baru yang anda sedang anda mencarinya.
 http://suterayon.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...