Banyak kebaikan dan kegunaan asam jawa. Dikatakan memakan buah asam jawa mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam tubuh sekali gus merangsang kesihatan jantung.  Jus asam jawa dikatakan mampu bertindak sebagai julap ringan. Jus asam jawa dikatakan amat berguna menyembuhkan sakit tekak.




Kebaikan Lain

1. Jus yang di ekstrak daripada buah asam jawa dikatakan berkesan dalam menyembuhkan dan merawat penyakit hempedu.

2. Pengambilan jus asam jawa juga dikatakan mampu melancarkan fungsi sistem pencernaan tubuh.

3. Buah asam jawa yang kaya dengan vitamin C ini dikatakan amat bernilai dalam mencegah dan merawat masalah skurvi (suatu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C dan terjadi akibat pengambilan diet yang tidak mengandungi buah-buahan segar dan sayur-sayuran).

4. Buah asam jawa dikatakan mampu menentang kanser. Ini adalah kerana asam jawa memiliki sumber antioksidan yang tinggi sekali gus mencegah dan menyembuhkan kanser.

5. Pulpa buah asam jawa yang masak dikatakan berguna untuk merawat masalah pencernaan dan sembelit.

6. Pulpa yang dilembutkan melalui cara direndam di air dikatakan boleh dimakan untuk memperbaiki kehilangan selera makan.

7. Jus pulpa asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk menyembuhkan konjunktivitis.

8. Ubat titis mata yang diperbuat daripada biji-biji asam jawa dikatakan mampu merawat masalah sindrom mata kering.

9. Pulpa, daun dan bunga pokok asam jawa yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada sendi yang membengkak dan sakit.

10. Bahagian daun pokok asam jawa mengandungi sifat-sifat julap, astringen dan mengurangkan demam.

11. Bunga pokok asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

12. Kulit pokok asam jawa dikatakan mampu digunakan untuk merawat asma.

Ternyata dengan menggunakan asam jawa, kesihatan anda boleh terjaga. Usahakan dulu untuk kepuasan dan janji kaedahnya betul. Semoga bermanfaat untuk anda, wanita
mingguan wanita