Sabtu, 16 April 2016

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

Sk gunakan Sup Bunjut Tulang Adabi. Kebetulan masa beli barang-barang dapur, Sk ternampaklah bungkusan sup bunjut jadi sajalah beli untuk simpan. Sup bunjut ni ada dua jenis, satu untuk sup biasa, satu untuk sup tulang. Bagus juga simpan sup bunjut ni, senang kalau bila-bila teringin nak buat sup tu, campakkan aje.. heheheh. Oh, ye.. Sk kalau memasak sup, jarang menumis. Sk lebih suka lebur macam tu jer sebab nanti lemak dari tulang tu sendiri akan menghasilkan minyak.
 
 
Sup Tulang Ala Thai
 
 
Bahan-bahan :
 
1.5 kg tulang lembu dan daging tetel (campur)
1 bungkus sup bunjut tulang adabi
air secukupnya untuk merebus tulang
5 ulas bawang putih dipecah-pecah sahaja
1" halia dihiris kasar
1 batang saleri dipotong menyerong seinci
3 tangkai pokok ketumbar
pokok daun bawang secukupnya 
3 biji tomato dibelah-belah
1 batang carrot dipotong bulat atau memanjang
segenggam cili api diketuk-ketuk
1 labu bawang holland dibelah-belah
1 senduk sos ikan
2 senduk jus limau nipis
 
Cara :
 
1. Rebus tulang dan daging tetel bersama halia dengan air yang banyak (agak-agaklah banyaknya) sehingga dagingnya empuk. Masukkan sup bunjut.
2. Kemudian masukkan bawang putih yang dipecah-pecah, sos ikan dan jus limau nipis. Seimbangkan rasanya.. masak lagi hingga mendidih.
3. Masukkan juga tangkai pokok ketumbar dan pokok bawang. Potong seinci-seinci.. mula dari bahagian tumbuh akar tu.(akar buanglah ya). Ketepikan bahagian daunnya.
4. Kemudian, masukkan carrot dan saleri serta cili api yang diketuk dan bawang holland.
5. Masukkan juga tomato.
Lagi.. apa yang belum masuk tadi semua, masukkan jerlah apa semua sekali, leburlah terus dalam periuk tu.
Sedia untuk dihidang panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.
Jangan lupa taburkan daun ketumbar dan daun bawang serta bawang goreng semasa menghidang.. barulah umphhhh!
 sariyusa.blogspot.m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...