Khamis, 7 April 2016

Resepi - PARU GORENG BERLADA YANG PEDAS TAPI SEDAP

PARU GORENG BERLDA

     Paru merupakan organ dalaman yang seringkali menjadi pilihan untuk campuran masakan dan juga dimasak begitu sahaja untuk sambal dan bahan untuk steamboat.  Paru jika tidak dibersihkan dan dimasak dengan cara yang betul ianya meninggalkan bau yang hamis dan parunya menjadi liat.  Mari kita cuba resepi resepi masakan minang ni.. Paru goreng berlada.  Pasti syioq...



PARU GORENG BERLADA

Bahan-bahan:
500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia.
2 inci kunyit hidup
3 sudu makan ketumbar
3 ulas bawang putih
garam

Bahan Sambal:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 tangkai lada@cili merah - cincang
1 inci belacan
sedikit air asam jawa
gula melaka @ gula putih
garam
minyak secukupnyer

Cara Membuatnya:
01.  Rebus paru hingga empuk. kemudian toskan. potong kecil2 & nipis. ketepikan.

02.  Tumbuk ketumbar,kunyit hidup, bawang putih dan juga garam.
masukkan ke dalam paru tadi. gaul rata. dan biarkan sebentar sekurang2nya 30min.

03.  Panaskan minyak, goreng paru hingga garing. angkat dan toskan.

Untuk memasak sambal paru:
01.  Blend @ tumbuk cili kering, bwg merah dan juga bwg putih.

02.  Panaskan minyak (bleh juga juga lebihan myk gorengan tadi), tumis bhn2 blend hingga pecah minyak/lada masak.

03.  Masukkan lada cincang tadi. *kepedasan bergantung anda.

04.  Masukkan juga belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. tumis hingga agak kering.

05.  Masukkan paru dan goreng lagi hingga garing.
http://www.resepisheilarusly.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...