Sabtu, 16 April 2016

Tempat Gantung Kunci Yang Kreatif Mengikut Minat

10 tempat gantung kunci ( key holder ) yang kreatif mengikut minat. Setiap dari kita mempunyai minat pada bidang tertentu. Adakalanya minat menjadi kunci kepada kejayaan seseorang. Dengan minat seseorang itu mampu fokus pada tahap maksima. Cumanya kali ini nak kongsikan 10 tempat menyimpan kunci atau menggantung kunci (key holder) berdasarkan minat seseorang. Jom saksikan...
creative key holder, honeycomb key holder,
Sarang Lebah Honeycomb




Tempat gantung kunci Sarang Lebah ( honeycomb)

Yang pertama adalah tempat gantung kunci yang berbentuk hexagon atau lebih dikenali sebagai sarang lebah. Kreatifnya mungkin ianya direka khas buat peminat madu lebah atau pengusaha lebah atau sesiapa saja yang berkenaan dengan lebah. Harap-harap tak ada yang menggunakan key holder ini sebagai hint untuk mencari "madu".
Sarang Lebah

Tempat Gantung Kunci Tali Pinggang Keledar (Seat Belt Buckle)

Yang kedua khas buat peminat bidang automotif atau peminat kereta. Kreatifnya sangat ini. Cuma nak dapatkan set ini mungkin perlu di tempat kereta terpakai atau sebagainya. Ia menunjukkan betapa minatnya seseorang itu pada bidang automotif anda memang peminat kereta sejati.
kreatif tempat gantung kunci, creative key holder, key holder untuk peminat kereta,
Tali pinggang keledar (seat belt buckle)

Tempat Gantung Kunci Lego

Ketiga, rasa macam tak perlu cerita mesti dah boleh agak kan? Kalau ada di rumah korang memang peminat Lego sejati. Rasa macam mudah ja nak buat....Ada masa dan lebihan Lego cubalah buat key holder ini.
tempat gantung kunci lego, lego key holder, kreatif tempat letak kunci,
Lego

Tempat Gantung Kunci Peminat IT

Keempat ni pun rasa macam tak perlu nak terangkan lagi. Tengok gambar pun rasanya dah macam boleh buat sendiri di rumah kan. Cuma minat atau tidak pada key holder jenis ini. Mungkin sesuai pada programmer, pegawai IT, pelayar internet 24 jam dan sebagainya. Kreatif tak? 
Internet port Key Holder

Tempat Gantung Kunci Khas Untuk Anak Kecil

Tempat gantung kunci seterusnya ini mungkin sesuai untuk anak-anak anda untuk menggalakkan si kecil belajar meletakkan kunci di tempat asalnya. Jadikan sebagai tabiat dan barulah mereka mampu berdisiplin bila besar nanti. Tidaklah letak kunci atau barang kesayangan merata-rata tempat. Kreatif untuk kanak-kanak atau boleh diletakkan di Taska.
Key holder for kids, school

Tempat Letak Kunci Bola Tennis

Kalau dah kata minat pada sukan, contohnya peminat bola sudah semestinya tidur bola mandi bola makan bola....betul tak...Ini pula khas buat peminat sukan tennis. Yang minat bola sepak mungkin boleh cuba letak bola sepak yang berukuran kecil...boleh ker?
Key holder

Tempat Gantung Kunci Untuk Peminat Warna

Ada segelintir antara kita memang minat warna warni. Kalau dua warna saja rasa macam tak meriah. Pernah tak jumpa kawan-kawan masa belajar buat nota penuh warna warni? Mungkin boleh jadikan idea tempat gantung kunci di rumah anda. Pemilik kedai cat pun boleh juga rasa atau jadikan warna itu untuk kunci-kunci tertentu.



Colourful Key Holder

Tempat Gantung Kunci Rumah Burung

Yang ini juga agak kreatif dimana boleh juga buat secara DIY kelihatan seperti rumah burung. Dimana keychain pula terdapat gambar burung. Sesuai buat peminat burung.

Tempat gantung kunci rumah burung

Tempat Gantung Kunci Untuk Pendaki

Untuk tempat gantung kunci ini agak susah untuk buat sendiri atau DIY. Mungkin boleh mencari di ebay dan sebagainya. Hanya yang minat mendaki sahaja akan erti pendakian sebenar cewaahhh cerita macam pendaki tegar pulak.


Climbing

Tempat Gantung Kunci Kreatif

Tempat gantung kunci yang terakhir ini tak digalakkan. Tetapi jika anda benar-benar lain dari yang lain mungkin akan meminatinya. Cuba bayangkan kalau dah terlambat nak ke kelas, ke pejabat atau ada hal kecemasan...huhu risau key holder ni hancur atau terlambat beberapa minit untuk mengeluarkan kunci....fikir dulu sebelum mencuba.
key holder

Mungkin ada lebih banyak lagi tempat gantung kunci atau key holder yang lebih kreatif di luar sana. Sekadar berkongsi untuk anda semua. Semua gambar ini diambil dari Pinterest. Semoga membantu anda yang mungkin sedang mencari kelainan pada tempat gantung kunci di rumah anda.
http://www.arzmoha.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...