Memang agak sukar mengawal nafsu makan sehingga kita mengambil makanan yang berisiko menyebabkan beberapa penyakit seperti diabetes, kegemukan, darah tinggi dan serangan jantung.

Tetapi, adakah anda tahu terdapat beberapa jenis makanan yang tidak 'menganiaya' tubuh badan sebaliknya membantu mengawal selera anda.

Semak jenis makanan berikut.



1. Oat
Mengambil dengan hanya dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak lima peratus dalam masa enam minggu. Kunci utama membunuh kolesterol adalah beta-glucan yang mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

2. Cendawan
Makanan ini mampu mencegah lemak dan penggalak imun sehingga membantu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns yang mana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar.

3. Asparagus
Sayur rangup ini dapat membekalkan inulin iaitu satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda dalam menjalani kehidupan seharian.

4. Pisang

Mengambil pisang pada saiz sederhana mampu meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet.

5. Bawang
Bawang dianggap mampu mengubati pelbagai penyakit bermula daripada diabetes sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

Bukan mudah nak kawal nafsu makan tetapi jika anda usaha dengan beberapa cara ini, in shaa Allah anda berpuas hati dengan hasilnya.
mingguan wanita