Wanita tidak boleh dipisahkan dengan cantik. Semua wanita ingin menjadi cantik tak kiralah golongan remaja hingga ke wanita yang telah lanjut usia. Bagi WanitaSihat semua wanita adalah cantik tapi mereka ini tidak tahu bahawa mereka ini mempunyai aura kecantikan yang tersendiri. Dikesempatan berbicara tentang isu cantik ini, WanitaSihat ingin kongsikan kepada anda semua, Wanita Cantik, Amalan Islam Dalam Meningkatkan Seri Wajah.
Petua 1:
Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.
Petua 2:
Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.
Petua 3:
Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.
Petua 4:
Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa “Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”
Petua 5:
Membaca Doa Bercermin
InsyaAllah, amalkan selalu. Jika kita hanya cantik luaran sahaja tak cukup, hiasilah dalaman kita juga. “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah”. (HR. Muslim).
wanitasihat
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan