Luncai terjun dengan balu-balunya
Seorang lelaki bergelar zombi yang mengajak balu-balunya mati bersama dengan terjun KB Mall sekali gus.
Sesal dahulu pendapatan, sesal sekarang tiada lagi
Seorang pelumba motor professional yang menyesal dengan pendapatan/gaji dahulunya sebagai seorang rider Pizza yang cecah hanya RM800 sebulan, tetapi sekarang dah RM8000
Melepaskan atuk di tangga
Seorang cucu yang kurang ajar dengan melepaskan pimpinan terhadap atuknya yang lumpuh sebelah kiri ketika menaiki tangga.
Bara yang digenggam biar sampai kenyang perut
Seorang darurat kebulur yang menggenggam bara untuk memanggang tangannya sendiri untuk dimakan.
Bapa kencing mencangkung, anak kencing berbaring
Seorang anak yang terpaksa kencing berbaring (berada di hospital) kerana terlanggar pokok ketika berbasikal bagi mengelakkan diri dari melanggar bapanya yang kencing mencangkung di dalam semak.
Tahi di hujung tanduk
Seorang matador yang ditanduk tepat pada lubang najisnya oleh lembu jantan yang dipanaskan hatinya dengan kain merah ketika beraksi di Sepanyol.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana Mekdi
Manusia moden yang menjadi bulat/gemuk disebabkan makanan ringan dan segera yang berleluasa di pasaran.
Kalau takut dilambung ombak, jangan baca novel Ombak Rindu
Novel ombak rindu mampu melambung jiwa anda sama seperti memotong bawang, mata dimasuki habuk, serta luka diletak garam dan limau.
Lembu punya susu, Tapit dapat nama
Tapit, seorang blogger yang menggunakan lembu sebagai maskot blognya tanpa membayar royalti walau sesen.
Yang berat sama dipikul, yang ringan kau angkat seorang lah sial
Seorang yang terlalu manja asyik mahu meminta pertolongan orang walaupun hanya untuk perkara remeh
P/S: Melepaskan batok di tangga: Untuk pengetahuan korang, batok tu bukan batuk uhuk uhuk, tapi batok tu pencedok untuk basuh kaki yang selalu ada kat tepi tangga rumah lama dulu-dulu
ayeemayam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan