Di
zaman sekolah, kita semua biasa membeli gula-gula dari kedai. Biasanya
hanya membeli yang murah (tiada Ferrero Rocher) dan gula-gula yang amat
popular sekitar 80-an dan 90-an ini masih boleh didapati sehingga ke
hari ini.
Tora dan Ding Dang
Siapa tak kenal gula-gula ini. Tora dan Ding Dang berisi bebola bersalut
coklat tetapi biasanya dibeli oleh kanak-kanak kerana mainan yang
didapati secara percuma dengan pembeliannya. Tambahan pula
pengiklanannya bagus. Siapa ingat suara latar pakcik Mat Sentul untuk
iklan televisyen gula-gula ini?
Gula-gula Arnab Putih
Gula-gula import dari China ini enak kerana rasa susu, tetapi disyaki
mengandungi bahan berbahaya dan ditarik dari dijual dari pasaran
beberapa tahun lepas. Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Gula-gula Udang
Ini
ialah kegemaran kami. Isi dalamnya diperbuat dari gula merah, disaluti
susu dan sehelai kertas yang boleh dimakan, diperbuat dari beras. Nyam
nyam!
Gula-gula Tablet
Juga
dikenali sebagai gula-gula ubat kerana rupanya yang berbentuk tablet,
gula-gula ini memiliki perisa susu yang kemudiannya dibezakan dengan
perisa tambahan, antaranya ros, coklat, jagung dan kelapa.
Gula-gula Sugus
Gula-gula
Sugus dikenali kerana ianya boleh dikunyah dan kenyal, rasanya biasanya
dari rasa buah seperti oren, strawberi, mangga dan anggur.
Gula-gula Bendera
Pasti
anda biasa melihat gula-gula ini bukan? Dikenali kerana bendera
Malaysia, gula-gulanya terletak di ruang kosong dalam pemegang bendera.
Rasanya seperti gula standard, sedikit rasa coklat dan disaluti pelbagai
warna.
Nini Cokelat Celup
Satu paket mengandungi beberapa batang biskut yang boleh dicelup dalam coklat cair dan dimakan.
Trevor t-Drops
Yang
ini agak mahal, jadi agak jarang juga dapat dibeli kanak-kanak. Ianya
terdiri dari gula-gula keras pelbagai perisa buah yang disaluti serbuk
yang tidak kami ingat jenisnya. Besar kemungkinan glukos.
Bubble-gum
Yang ini boleh dikunyah, menghasilkan perisa buah dalam mulut dan bila sudah cukup dikunyah, boleh ditiup menjadi belon. Klasik.
Gula-gula Kenyal
Yang ini teksturnya kenyal, ada sedikit seperti rasa marshmallow dan disaluti gula halus. Kami fikir rasanya sama saja seperti rasa buah limau, cuma warnanya yang berlainan.
Amaran: makan gula-gula dalam kadar yang banyak berbahaya untuk kesihatan
amazingnara
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan