Isnin, 23 April 2012

Seramai 61 Orang Terkena Histeria

Histeria, tentu korang semua dah biasa dengar cerita orang kena histeria ni, jika bernasib baik dapat pengalaman lihat sendiri orang yg kena rasuk depan mata korang.. tapi nh tak pernah ada pengalaman macam ni, minta dijauhkan.. huhu..


Berita dibawah ini Nh jumpa kat metro online.. ramai betul yg kena rasuk hingga pihak sekolah bagi cuti sehari bagi meredakan kes ini.. jom baca...



















KUALA LANGAT : Sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa bercuti sehari semalam, selepas lebih 60 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, kelmarin.


Kejadian bermula apabila seorang pelajar perempuan diserang histeria pada Selasa lalu diikuti keesokannya 60 pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki yang belajar sesi pagi dan petang sekolah berkenaan turut "dijangkiti" histeria.


Difahamkan kejadian itu berlaku mungkin berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan kecil yang terletak kurang 100 meter di belakang sekolah.


Seorang pekerja sekolah yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, tapak hutan terbabit milik persendirian yang dibersihkan seminggu lalu sebelum dijual kepada seorang individu bagi membina kilang dan membangunkan kawasan itu.


Katanya, sebelum ini tiada kejadian seperti itu berlaku di sekolah berkenaan sehingga kerja penebangan dan pembersihan pokok dilakukan.



Hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...