Rabu, 18 April 2012

5 Beg Tangan Termahal di Dunia

Seperti yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, berikut adalah 5 beg tangan termahal di dunia. Buat wanita-wanita diluar sana, adakah anda berasa seperti akan terpengsan melihat harga-harga tas tangan di bawah ini?

1. 1001 Night Diamond Purse
 
 

Aksesori fashion ini dikatakan sebagai beg tangan termahal di dunia. Ia diperbuat daripada emas 18 karat dan dihiasi 4517 butir berlian dan dijual dengan harga 2.35 juta poundsterling atau sekitar RM 14.1 juta. Berlian yang menghiasi tas tangan ini terdiri daripada 105 berlian berwarna kuning, 56 berwarna merah jambu dan 4356 berlian putih. Berat kesuluruhan berlian itu ialah 381.92 karat.



2. Chanel 'Diamond Forever' Classic Bag

Tas tangan jenama Chanel ini dilancarkan pada Disember 2006. Tas dengan model klasik ini terdiri daripada 334 berlian dengan jumlah 3.56 karat dan 18 karat emas putih. Tali tas tangan ini juga dilapisi emas putih. Ia dijual dengan harga US$ 261 ribu atau sekitar RM 786 ribu dan hanya dikeluarkan dengan jumlah terhad 13 unit sahaja di seluruh dunia, dengan lima di antaranya dijual di Amerika Syarikat.


 3. Hermes Matte Crocodile Birkin Bag

Biasanya harga beg tangan berjenama Birkin Hermes sekitar US$ 20 ribu, namun versi ini dijual dengan harga US$ 120 ribu atau sekitar RM 360 ribu. Ia dibuat dari kulit buaya asli, dan turut dihiasi dengan berlian 10 karat.


4. Lana Marks Cleopatra Bag

Beberapa tahun lalu, Marks melancarkan Cleopatra clutch bag edisi terhad yang dibuat dari kulit buaya berwarna perak metalik. Pada bahagian atas tas tangan ini bertahtakan 1500 berlian hitam dan putih serta 18 karat emas putih. Ia dijual dengan harga US$ 100 ribu atau sekitar RM 300 ribu.


5. Leiber Precious Rose

Tas tangan yang bernama 'The Precious Rose' ini memang sangat menawan sekali. Dibuat dalam bentuk bunga ros, ia turut dihiasi dengan 1016 butir berlian dengan jumlah 42.56 karat, 1169 batu safir berwarna merah muda dan 800 kristal tourmalines. Ia dijual dengan harga US$ 92 ribu atau sekitar RM 186 ribu.
forbes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...