Khamis, 19 April 2012

Benda-Benda Pelik Di Dalam Makanan Dan Keperluan Harian Anda

Mungkin kita tidak pernah terlintas untuk memikirkan apakah atau bagaimanakah satu-satu bahan makanan itu dihasilkan.  Apa yang penting ialah apa yang kita makan itu mengenyangkan. Satu penemuan yang mengejutkan dan agak sukar nak dipercayai tapi ianya benar-benar berlaku dimana sisa serangga yang dihancurkan ada di dalam kebanyakkan makanan atau bahan perisa serta ekstrak rambut manusia terdapat dalam makanan bakar.



Sebagai contohnya, jika anda meneliti label makanan seperti dadih strawberi tertera perkataan ‘carmine’. Apa itu ‘carmine’ dan apakah kaitan dengan makanan harian kita.

Carmine adalah sejenis pewarna yang diekstrak dari serangga. Ia digunakan untuk memberi warna merah, pink dan ungu kepada produk seperti gincu bibir dan aiskrim. Carmine wujud daripada pigmen yang dinamakan ‘cochineal’. Lebih teliti lagi, cochineal pula diekstrak daripada serangga betina kering yang memakan kaktus di Peru, Canary Islands dan beberapa lokasi lain.

Pigmen terhasil dalam badan serangga iaitu selepas ibu serangga menyimpan telur-telurnya pada pokok kaktus sebelum mati, bangkainya yang mereput bersama-sama dengan telur dan larva yang telah menetas akan dipisah daripada tumbuhan itu. Ia akan dihancurkan dan dibakar, direbus serta dikukus untuk menghasilkan cochineal.


Bagi mengelakkan makan makanan yang mengandungi ekstrak serangga, anda hendaklah menjauhi makanan yang berwarna kemerah-merahan serta makanan yang kelihatan berkilat. Dilaporkan bahawa FDA telah membenarkan sebotol mentega kacang mengandungi lebih 100 bahagian pijat serta setin tomato boleh termasuk seekor ulat atau sehingga sembilan telur lalat.
anuarkarimz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...