Khamis, 19 April 2012

10 Surah Menghalang 10 Ujian Besar Allah S.W.T


Kita sebagai manusia akan menerima dugaan dan ujian dalam kehidupan kita. Jadi sebagai umat Islam, kita perlu berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang menimpa kita. Kali ni edy nak kongsi dengan korang antara 10 surah yang mampu menghalang 10 ujian besar Allah S.W.T.



Bukan surah-surah ini saja yang elok, semua surah dalam Al-Quran bagus kesemuanya. Setiap surah mengandungi manfaatnya yang tersendiri. Berikut adalah surah-surah tersebut:

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
duniaedy 

Semoga perkongsian ini dapat jadi amalan kepada kita semua. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...